Ini bukan untuk membuka aib tau! Hehe.. tapi situasi ini memang boleh difahami oleh semua warganet yang pernah melakukan sesi langsung di aplikasi seperti Instagram dan TikTok.
Bagi pengikut setia personaliti sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman; tentunya korang selalu mengikuti sesi live beliau yang membicarakan pelbagai isu dan menyampaikan jenaka pada setiap hari.
Setiap hari, ada saja meme ataupun klip-klip tular yang akan kembali dimuat naik oleh warganet di TikTok, Twitter dan Instagram untuk tontonan orang lain. Namun sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini berlaku kepada Nur Sajat pada awal pagi tadi.
Selepas galak melakukan sesi dan ‘menekan’ butang end live, Nur Sajat dilihat tertidur hingga berdengkur selepas tamat sesi di TikTok lewat malam tadi.
Adegan itu sempat dirakam semula oleh warganet sebelum menjadikannya tular sejak awal pagi tadi.
“3000 orang tengok dia dengkur live”
“Dengkur dia bunyi macam suami saya.”
“Jaman sekarang, even tak serumah tapi boleh merasa dengar orang lain dengkur. Walau jauh beribu batu.”
Ads
“Malam tadi aku ingat siapa lah tidur dengan aku. Bunyi dengkur rupanya Si Sajad aku lupa matikan live. Terkejut aku.”
“Maharaja Lawak please invite Sajat.”
“Sajat tidur Turbo pun view 3000 lebih. Rakyat Malaysia sayangkan Sajat tau.”
“Sian Jat penat menghiburkan semua tiap malam.”
Ads
Aduh, comel je perangai Nur Sajat! Tapi memang mudah untuk kita relate dengan apa yang dipertontonkan oleh usahawan di Australia ini kepada pelayar TikTok dan Instagram, bukan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah masuk bulan Ramadan ni mesti ramai yang terfikir nak try resipi apa lagi untuk berbuka puasa nanti. Malas nak berasak di bazar Ramadan, dapat masak sendiri dekat rumah pun best juga.
Kali ni kami nak kongsikan resipi pearl milk tea daripada @khairulaming yang pastinya membuka selera waktu berbuka. Resipinya nampak mudah saja dan paling penting kalau buat sendiri jauh lebih menjimatkan dan sedap.
Bahan-bahan:
– ½ cawan gula perang
– 1 cawan air
– Pewarna hitam
– 2 cawan tepung ubi kayu
– 4 cawan air
Cara menyediakannya:
1. Masukkan setengah cawan gula perang, satu cawan air dan sedikit pewarna hitam
2. Kemudian, masukkan satu cawan tepung ubi kayu, kacau-kacau dan masukkan lagi satu cawan tepung ubi kayu
3. Kalau adunan agak kering, korang boleh tambahkan sedikit air. Seterusnya, uli adunan tersebut dan potong kecil-kecil
4. Gentle potongan tepung tadi sehingga berbentuk bulat
5. Kemudian, masukkan satu cawan gula perang dan secawan air, dan masakkan pearl tadi selama lebih kurang 30 minit sampai jadi lembut dan pekat
6. Maka, siaplah pearl tersebut dan korang bolehlah bancuh teh tarik ke, sirap bandung ke, milo ais ke, tak kisahlah ikut selera masing-masing
7. Tambahkan saja pearl di dalam minuman tersebut dan sedia untuk diminum. Eh, tapi tunggu waktu berbuka dulu tau. Hiks!
Senang je kan? Kami pasti kalau korang buat sendiri kosnya lebih murah dan letaknya banyak mana pearl yang korang nak. Tak perlu tambah RM1 kalau nak add pearl macam dekat kedai. Hehe selamat berbuka!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan terbaru penyanyi popular Adele menarik perhatian ramai apabila penampilan fizikalnya itu dilihat sudah banyak beza berbanding dengan dirinya yang dahulu.
Khabarnya, Adele telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 45 kilogram dengan mengamalkan Sirtfood Diet dan latihan kardio sebanyak tiga kali seminggu.
Maka, tidak hairanlah jika personaliti ini kini sudah kelihatan jauh berbeza dan makin cantik sekarang.
Untuk korang yang nak menurunkan berat badan tu, Remaja nak kongsikan gambar-gambar transformasi Adele dari tahun 2018 sehinggalah sekarang, bagi menaikkan lagi semangat dan memberi inspirasi buat korang. Hiks!
Jom kita lihat antara gambar-gambar berikut.
1. 2008
2. 2008
3. 2009
4. 2009
5. 2011
6. 2011
7. 2012
8. 2013
9. 2013
10. 2016
11. 2017
12. 2017
13. 2018
14. 2019
15. 2020
Pergh, memang berbeza la!
So apa lagi guys, masih belum terlambat untuk korang menurunkan berat badan dan jadi secantik Adele. Hiks!
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik bulan Ramadan sudah hampir tiba ke penghunjungnya. Kemeriahan persiapan Hari Raya Aidilfitri juga semakin di rasa. Tak sampai seminggu lagi kita akan merayakan hari yang cukup bermakna.
Anak perantau akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing ibu bapa, keluarga dan sanak saudara tercinta. Kadangkala di kesempatan Hari Raya begini sajalah sempat kita bersua mata. Kunjungan ke rumah sanak saudara yang sudah lama tidak bertemu pasti menjadi rutin biasa di Hari Raya.
Dan open house juga pasti cukup meriah sepanjang sebulan bulan Syawal.
Namun setiap tahun ramai orang kadangkala tidak mengambil berat akan bagaimana untuk behave ketika melakukan kunjungan ke rumah terbuka. Walau macam mana rapat sekali pun korang dengan tuan rumah, masih ada batas yang perlu korang hormati.
Apakah perkara yang harus korang elak ketika berkunjung ke rumah terbuka? Kali ini REMAJA nak kongsikan 10 perkara utama yang biasanya ramai tak sedar pun korang dah buat. Nak tahu apa dia? Jom sama kita tengok!
Makan tanpa di jemput
Ya, kita tahu rumah terbuka memang pasti akan banyak juadah makanan disediakan oleh tuan rumah. Tapi janganlah jadi tak sopan main serbu je meja makan. Apa kata tunggu tuan rumah pelawa dahulu. Sabar boleh tak?
Meneroka rumah orang tanpa kebenaran
Setiap orang ada ruang privasi mereka sendiri. Begitu juga dengan tuan rumah. Janganlah dek kerana ingin melunaskan nafsu ingin tahu korang ‘mengembara’ ke segenap inci rumah. Kalau nak ke ruang lain selain ruang tamu dan ruang makan, minta izinlah dahulu dengan mereka.
Tengok TV macam rumah sendiri
Pada musim perayaan pasti banyak sangat program TV yang menarik ditayangkan. Dan ada setengah orang walaupun pergi beraya dia masih ‘hadap’ nak tengok TV. Akan tetapi walau macam mana pun korang teringin nak tengok janganlah ambil remote TV. Kalau nak tengok juga, minta tuan rumah tukarkan.
Bersalam dengan semua orang
Pertama kali sampai destinasi open house bersalamlah dengan semua orang sama ada tuan rumah dan keluarganya atau tetamu yang ada di situ. Di hari mulia ini jadikanlah diri korang sebagai tetamu yang ramah, mesra dan murah senyuman.
Jangan buat bising
Bila sudah berkumpul ramai-ramai dengan kawan yang dah lama tak jumpa pastinya suasana akan jadi ‘havoc‘ semacam. Namun, bila excited tu ingatlah yang ramai mata memandang. Bergelak ketawa itu berpada-padalah. Jangan pula sampai menggangu orang lain.
Simpan telefon pintar buat seketika
Di hari yang penuh dengan kesyukuran dan kegembiraan ini, lupakanlah telefon pintar korang buat seketika. Eratkan hubungan dengan sanak saudara dan sahabat handai dengan berbual dengan mereka. Bukannya selalu, setahun hanya sekali je.
Mungkin bagi korang bertanya itu salah satu bentuk perbualan yang perlu ada. Ya, memang ia perlu untuk menggerakkan perbualan. Tapi jangan pula kamu bertanya bukan-bukan hingga ke perkara yang bersifat terlalu peribadi. Atau bertanya beli barang ini, barang itu di mana. Kalau nak cakap juga cukuplah dengan hanya melahirkan rasa seronok melihat barang-barang yang cantik di mata kamu.
Jadi tetamu terlalu lama
Setengan orang dia mungkin tah berapa prihatin dengan keadaan ini atau memang tak reti bahasa. Open house adalah acara yang tuan rumah jemput bukan sahaja korang ya. Jadi jangnlah lepak terlalu lama. Apatah lagi jika rumah tersebut memmpunyai ruang yang sangat terhada. Beransur-ansurlah pergi agar tuan rumah boleh menrima tetamu lain dengan sempurna.
Kawal si kecil
Adatlah kanak-kanak mereka pasti jadi antara orang yang paling gembira dengan Hari Raya. Dan kadangkala kegembiraan mereka itu juga boleh terbawa-bawa apatah lagi selepas memakan kuih raya yang manis dan juga minuman. Bila terlebih gula pastui akan jadi hiperaktif. Jadi kawallah adik-adik korang bila pergi beraya. Jangan sampai dia pecahkan barang-barang berharga tuan rumah pula nanti.
Minta password Wi-Fi
Ini satu perkara lagi yang tidak elok untuk korang lakukan. Mungkin di rumah saudara mara terdekat korang boleh minta password Wi-Fi tapi kalau di rumah kenalan ibu bapa janganlah buat begini. Ketahuilah password itu adalah satu perkara yang bersifat sangat peribadi. Dan apa salahnya ketepikan dulu telefon pintar korang ke tepi. Kalau nak share video sekalipun, rakam dulu dan upload kemudian.
Semoga perkongsian REMAJA kali ini dapat memberi manfaat buat korang di Hari Raya nanti. Ingatlah dalam meraikan lebaran jangan sampai kita lupakan adat dan susila.
Selamat Hari Raya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem aksi Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang hangat di pawagam bukan saja berjaya tarik perhatian penonton, tapi juga buat ramai puji lakonan...