Netizen Cemuh Amirul Gara-Gara Komen Biadap ‘Andartu’

Share

 

Rezeki, jodoh, ajal, maut terletak di tangan Tuhan. Semua orang dah tahu, kan?

 

Namun masih wujud golongan yang mempertikaikan mengapa jodoh seseorang itu belum kesampaian. Seperti mereka pula yang panas punggung jika kita belum mempunyai pasangan atau belum berkahwin. Eh kau kenapa nak sibuk?

Tular di media sosial apabila seorang pengguna akaun Twitter bernama Anis Ashaari memuat naik Tweet semalam berhubung isu jodoh ini. Alkisahnya, seorang rakan lama gadis berusia 25 tahun itu menghantarkan mesej biadap kepadanya dan memanggilnya ‘andartu’ hanya disebabkan dia belum berkahwin lagi.

Eh bro, 25 tahun tu muda lagi kot! #sabarpuasaenam

Mengikut layangan mesej yang dikongsikan oleh Anis, lelaki bernama Amirul itu berharap agar Anis menurunkan ekspektasinya terhadap kaum lelaki dan tidak terlalu mengharapkan bulan dan bintang daripada lelaki.

Iya, lelaki itu menasihati Anis agar sentiasa meletakkan harapan kepada Allah dan berdoa kepadaNya. Bagaimanapun, dia kemudiannya berkata Anis terlalu memilih jodohnya sedangkan rakan-rakan mereka sudah berkahwin dan dikurniakan anak.

Amboi..

 

Twitter

 

Anis membalasnya dengan berkata, “Hidup ini bukan satu pertandingan. Aku gembira kalau kawan kita sudah berkahwin, sudah beranak. Jika Tuhan sudah tetapkan jodoh aku lambat, aku tak pertikaikan langsung.

“Dan siapa kau untuk menuduh aku memilih. Kita memang berkawan sejak sekolah rendah tetapi kau tak ada hak untuk memanggil aku andartu.”

Perbualan bertambah hangat apabila Amirul menyebut, “Andartu is a joke, by the way.”

Pergh, #menyirap

 

Twitter
Twitter

 

Okaylah begini, bagi penulis Amirul mungkin tidak mempunyai niat untuk menyindir secara terang-terangan. Dia cuma berharap agar rakannya itu menemui jodoh. Tetapi seperti yang tertulis di atas, jodoh adalah rahsia yang tertulis dan hanya Allah yang mengetahuinya. Jadi tidak perlulah kita untuk mempertikaikannya.

Bagi Anis, dia sudah tentu tahu siapa yang terbaik untuknya dan sebagai rakan, Amirul hanya perlu doakan yang terbaik saja. Lagipun, korang baru berusia 25 tahun! TWENTY FIVE. Jalan hidup masih jauh, insyaAllah dan that andartu title has no place in your dictionary, girl.

Bak kata kak Adibah Noor yang membalas Tweet tersebut, “Girl, you do you.”

 

 

Netizen juga mempertikaikan kenyataan Amirul tersebut dan memberikan galakan kepada Anis.

 

Haih, disebabkan Amirul setitik, rosak Amirul sebelanga.

Published by
FZ