Fenomena drama Sweet Dreams memang tidak dinafikan sangat meletup apatah lagi boleh dikatakan saban malam drama tersebut trending di laman media sosial.
Selain itu, teraju utama drama tersebut iaitu Qash, Karl dan Putri yang dilakonkan oleh Ben Amir, Sean Lee dan juga Mira Filzah juga turut trending.
Minggu hadapan pula merupakan minggu akhir drama tersebut ditayangkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta antara Qash dan Putri.
Di saat orang ramai sedang berspekulasi, Ben Amir yang melakonkan watak Qash memuat naik status seperti bagi hint pengakhiran drama tersebut.
“If I die tonight, you know it’ll be alright, just smile for me, reminisce the fond memories,” tulisnya.
If I die tonight
You know it'll be alright
Just smile for me
Reminisce the fond memories— Ben Amir (@BenAmirr) August 30, 2019
Susulan itu, ramai yang meninggalkan komen mengakui akan kecewa jika drama itu berakhir bukan happy ending.
Bagaimanapun, sebenarnya bekas Hero Remaja 2012 itu sebenarnya hanya berkongsi lirik lagu If I Die Tonight yang dinyanyikan oleh Too Phat Feat Liyana.
Haa… lirik lagu rupanya, jadi korang semua chill okay! Tunggu je apa ending drama kesayangan korang tu.
Cantik Dan Berbakat, Kenali Juara Ski Sukan Olimpik : Eileen Gu
Nama Eileen Feng Gu terus melonjak naik sejak menjadi juara ski semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Beijing.
Sukan ski Olimpik Musim Sejuk baru sahaja berakhir dan menemui juaranya. Tahun ini juga, acara sukan musim sejuk bertaraf dunia berpusat di bandar Beijing. Pemain ski gaya bebas, Eileen Gu mengagumkan orang ramai dengan bakatnya walaupun baru berusia 18 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN : Aruwin Sudah Menjadi Juara Di Mata Rakyat Malaysia, Tamatkan Saingan Debut Sukan Olimpik
Apabila dilakukan ‘kajian’ dengan lebih mendalam, berikut merupakan fakta tentang Eileen Gu, bukan hanya seorang atlet ski muda di Sukan Olimpik Beijing 2022 ya.
- Eileen Gu ialah seorang atlit ski dari San Francisco, Amerika Syarikat. Dia mula bermain ski pada usia lapan tahun.
2. Populariti Eileen meningkat sebanyak 10 kali ganda. Kini dia mempunyai lebih daripada 2 juta pengikut di Weibo dan memperoleh tajaan sukan yang banyak.
3. Semenjak mewakili China, Eileen telah menempatkan dirinya pada tujuh tempat pertama kejohanan dunia menerusi gaya halfpipe, slope style dan big air.
“Saya selalu mengatakan matlamat saya adalah untuk menyebarkan sukan yang saya sukai secara global kepada kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak perempuan. Dan untuk mengalihkan budaya sukan ke arah yang didorong oleh keghairahan serta minat” – Eileen Gu.
4. Atas sebab keselamatan, ibunya memilih untuk mendaftarkan Eileen Gu dalam latihan ski.
5. Pada usia 18 tahun, Eileen Gu bersedia untuk memenangi emas di Sukan Olimpik Beijing 2022. Walaupun berasal dari Amerika Syarikat, beliau akan mewakili China di Sukan Olimpik Musim Sejuk. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi Eileen Gu,
6. Beliau menjelaskan bahawa beliau ingin mempromosikan sukan salji terutamanya ski di China. Di China, sukan salji tidak diketahui secara meluas dan hampir tiada tahap profesional. Eileen mahu mewakili dan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk bermain ski di China
7. Eileen juga adalah seorang model jenama mewah antarabangsa. Menjadi model di bawah IMG Models, Eileen telah membintangi kempen jenama fesyen mewah seperti Fendi, Gucci, Louis Vuitton, Chanel dan banyak lagi.
Yang terbaru Eileen merupakan duta global untuk jenama barangan kemas Tiffany & Co., dan duta jenama pembuat jam tangan Switzerland iaitu IWC Schaffhausen.
Wabak COVID-19 juga telah menjadi halangan terbesar kepada atlet seluruh dunia dan Beijing sendiri sebagai tuan rumah.Beijing terpaksa menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan memperkenalkan ‘gelung tertutup’ bagi membendung penularan wabak sewaktu temasya empat tahun sekali itu dianjurkan.
BACA LAGI : Pertama Kali Dalam Acara Sukan Olimpik, Kenali 7 ‘Legend’ Papan Selaju
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pandang Serius Isu Anti-Vaksin, TMJ Panggil 779 Guru Tolak Vaksin COVID-19 Di Johor
Isu berkaitan vaksin ketika ini merupakan satu perkara yang sangat serius. Dengan lonjakan kes positif Covid-19 yang semakin hari semakin membimbangkan, ia merupakan antara faktor orang ramai mahu segera mendapatkan vaksin.
Namun, dalam pada kita semua teruja melengkapkan dua dos suntikan Covid-19 bagi melindungi diri daripada wabak penyakit ini; masih ada golongan profesional yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan.
Hal ini didedahkan oleh Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor iaitu Yang Berbahagia Mazlan Bujang ketika sesi temubual di Persidangan Keempat DUN Johor yang ke-14. Beliau memaklumkan terdapat kira-kira 779 orang guru di sekitar Johor yang menolak vaksin Covid-19.
Ini sekaligus membelakangi perancangan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan semua tenaga pengajar sekolah disuntik dos vaksin sebelum sesi persekolahan secara berhadapan boleh dilaksanakan secara berperingkatbermula pada 3 Oktober kelak.
Demi mengelak perkara itu daripada berlaku, Mazlan berkata Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan terus memberi penerangan mengenai kepentingan vaksin supaya golongan pengajar terbabit terbuka minda.
Menyedari kepentingan masyarat untuk mengambil vaksin, Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi ciapan di Twitter memberi respon kepada perkara ini. Baginda ingin Pengarah Pendidikan Negeri Johor serta guru-guru yang dikenal pasti tidak mahu menerima suntikan ini untuk datang menghadap.
Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan guru guru tersebut dalam masa terdekat. Keutamaan kami adalah untuk mengatasi pandemik ini secepat mungkin supaya rakyat, negeri boleh kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa. https://t.co/gOe15L6RKQ
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) August 22, 2021
Sebelum ini, media melaporkan terdapat seramai 779 orang guru di Johor yang menolak daripadamenerima vaksin COVID-19. Mereka seharusnya mementingkan nyawa pelajar berbanding pendapat diri sendiri mengenai keputusan pengambilan vaksin. Lagupun, laporan teliti telah dilakukan hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Atau mungkin para guru ini mempunyai alasan tersendiri enggan mengambilnya?
Tukang Gunting Sah Positif COVID-19, Kes Pertama Libatkan Kedai Gunting Di Malaysia
Baru dua hari memulakan operasi kebenaran membuka kedai gunting rambut, nampaknya rakyat Malaysia pasti terperanjat apabila satu kes positif COVID-19 dikesan melibatkan tukang gunting rambut yang juga seorang waga asing.
Dalam satu kenyatan di fb atas nama Iqbal Ikhwandy yang juga Timbalan Pengerusi JMB KLTS telah berkongsi secara lengkap kronologi kes ini. Berikut, ini adalah kenyataan dibuatnya sejak 23 jam lalu.
Kes Kedai Gunting KLTS
Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Selamat Petang kepada warga KL Traders Square (KLTS) yang dikasihi sekalian.
Pada 11 Jun 2020 lebih kurang jam 11.25 pagi, pihak JMB telah dimaklumkan oleh pihak pengawal keselamatan mengenai kehadiran sebuah ambulans di Block B mengambil seorang penduduk Block B KLTS yang disyaki positif COVID-19.
Susulan daripada itu, pihak JMB telah mengambil tindakan-tindakan berikut:
1) Telah mengenalpasti identiti dan nombor unit penduduk tersebut. Pesakit merupakan seorang warga asing tinggal di Tingkat 22 Blok B.
2) Telah menghubungi hospital swasta yang membuat ujian COVID-19 kepada pesakit tersebut semalam. Hospital tersebut telah mengesahkan keputusan ujian adalah POSITIF dan kemudian memaklumkan kepada PKD Titiwangsa yang telah menghantar ambulans untuk mengambil pesakit tersebut untuk dibuat swab kedua di hospital kerajaan pula.
3) Telah mendapatkan buku log rekod pelanggan kedai gunting rambut tersebut yang telah mulai dibuka sejak semalam, 10 Jun 2020.
4) Telah menghubungi PKD Titiwangsa dan memanjangkan maklumat buku log tersebut bagi membantu PKD membuat 'contact tracing'. PKD Titiwangsa telah mengarahakan agar pihak MO membuat disinfection di semua lift Block B. PKD Titiwangsa juga telah memaklumkan semua rakan serumah pesakit tersebut telah dibuat ujian COVID-19 dan sedang menunggu keputusan.
5) Telah menghubungi penyewa berdaftar kedai gunting rambut tersebut yang merupakan seorang rakyat Malaysia tinggal di Blok A KLTS yang dimaklumkan sebagai 'kontak rapat'. Difahamkan, 'kontak rapat' ini juga telah diarahkan untuk membuat ujian COVID-19.
6) Telah menghubungi pesakit Covid19 tersebut untuk bertanyakan pergerakan sepanjang tempoh 2-3 hari. Pesakit memaklumkan tidak pergi ke lokasi lain selain daripada laluan rumah dan kedai gunting rambut.
**media[]**
7) Telah mengarahkan MO untuk membuat pengumuman rasmi dan buat disinfection kepada semua lobi dan lif di semua blok terutamanya Blok B.
Adalah dinasihatkan agar semua penduduk KLTS mematuhi semua SOP dan kerap basuh tangan serta sentiasa memakai topeng muka. Kurang pergerakan yang tidak perlu dan kurang penting sementara menunggu pengumuman lanjut.
Sekian, harap maklum. Terima kasih.
Iqbal
Timbalan Pengerusi
JMB KLTS
#KitaJagaKita
#FightCOVID19
*Setakat status ini ditulis, kami masih belum mengetahui keputusan swab kedua.
**Lobi dan lif di semua blok sudah disanitasi