Selepas memberi hint di laman Instagram kira-kira dua bulan lepas, Justin Bieber kini telah pun melancarkan penampilan pertama daripada jenama fesyennya sendiri, Drew.
Mengetengahkan trend koleksi sweatshirt, hoodie, baju-T, aksesori dan sandal ‘rumah’ sebagai produk fesyen keluaran Justin Bieber, anak muda ini membuka satu langkah ke hadapan apabila berani untuk cuba keluar daripada bidang nyanyiannya.
Koleksi Drew House ini menampilkan logo dengan emoji smile
berwarna kuning.Namun begitu, ada yang mengatakan bahawa koleksi Drew House ini seakan lebih kurang seperti jenama Yezzy iaitu jenama fesyen milik Kanye West.
Walau bagaimanapun, nampaknya seperti ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan rekaan jenama fesyen penyanyi remaja ini.
Ada yang menganggap ia sebagai fesyen banduan penjara. Hey, boleh tahan juga netizen oversea ni ya. Hiks!
Malah ada juga yang menganggap bahawa jenama fesyen ini terlalu mahal dan tidak masuk akal.
Korang pula rasa macam mana? Agak-agak rekaan Drew House ni onz ke tidak?
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan kepada Justin Bieber kerana berani untuk cuba menceburkan diri dalam dunia fesyen juga.