Bagi menjawab tanda tanya dan persoalan netizen, selaku juri tetap The Hardest Singing Show, Edry Abdul Halim tampil menjelaskan mengapa vokalis kumpulan Madam, Putera Muhammad raih tempat kelima.

Ia kerana, di laman X semalam ramai netizen yang bagaikan berasa kecewa apabila peserta lelaki tersebut tidak mendapat kedudukan yang tertinggi, selari dengan persembahannya yang hebat, pada malam semalam.

Menurut Edry, Putera telah pun menampilkan konsep yang sama seperti minggu sebelum ini selain para juri juga tidak dapat melihat dengan begitu jelas untuk dirinya menjuarai program bagi musim pertama itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aepul Ada Wow Factor Itu” -Edry Abdul Halim Ulas Aepul Roza Layak Dinobatkan Juara THSS

Netizen Kecewa Putera Muhammad Peroleh Tempat Kelima, Juri Tampil Jelaskan Sebabnya

“Tak adil untuk saya highlight kelebihan dan kelemahan setiap peserta kerana keputusan juri juga biarlah ada privasi. Bagi Putera Muhammad, saya nampak dia banyak potensi. Tapi, pesona untuk ke hadapan dan menjuarai itu mungkin kami tak nampak begitu jelas.

“Berbalik kepada tema, konsep yang disampaikan Putera cantik. Tapi jangan lakukan persembahan yang kami sudah lihat sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Edry yang pernah popular dengan kumpulan KRU itu juga memaklumkan agak sukar juga buat para juri untuk memilih siapa yang layak digelar sebagai juara kerana kesemua peserta telah melakukan yang terbaik.

Netizen Kecewa Putera Muhammad Peroleh Tempat Kelima, Juri Tampil Jelaskan Sebabnya

“Jika hendak jujur, kita juga pernah lihat persembahan Zizi Kirana yang sebelum ini dengan memanah. Begitu juga Putera.

“Penonton di luar nak peserta mereka menang, tapi kami di sini untuk membuat keputusan bagi mengangkat siapa yang layak bergelar juara juga adalah berat. Ini adat pertandingan, jika boleh semua saya nak jadikan juara,” tuturnya.

Sekadar info, Putera Muhammad menduduki tempat kelima bagi The Hardest Singing Show musim pertama yang berlangsung di Pusat Dagangan CIDB.

Dia sekali gus berjaya membawa pulang RM5,000 pakej pelayaran dan trofi sumbangan Astro.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI