Netizen Komen ‘Mentaliti Kelas Ketiga’ Punca Curi Basikal oBike

Share

Ikutkan dua tahun lagi, Malaysia akan mencapai tahap negara maju seperti yang pernah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui agenda Wawasan 2020.

Jika diihat kepada infrastruktur dengan segala kemudahan diberikan kepada rakyat seperti kemudahan pengangkutan, kediaman, jalan raya yang menghubungkan utara dan selatan, tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh mencapai wawasan seperti diilhamkan.

Namun, ukuran mentaliti dan pembangunan ternyata jauh berbeza. Bagaikan ada satu sempadan untuk rakyat di negara ini untuk terus belajar dan menerima “hak orang tetap hak orang” sebaliknya sesetengahnya menerima ungkapan ini, “hak orang hak aku, hak aku tetap hak aku”.

Ketuk aje dengan batu, GPS pun dah tak boleh kesan

Semenjak Remaja mendedahkan bagaimana basikal oBike ini terlalu mudah dicuri dengan hanya perlu mengetuknya dengan batu bagi menghilangkan jejak sistem pengesan GPS, rata-rata netizen mengutuk tindakan mentaliti kelas ketiga rakyat Malaysia.

Kata mereka, kemudahan sudah disediakan namun tidak tahu menghargainya. Kita sebagai sebuah negara yang Islam menjadi agama rasminya sesekali patut berasa malu jika perbandingan dibuat dengan rakyat Jepun kerana pernah timbul cerita, di Jepun barangan yang tertinggal, tidak akan diusik. Jika seminggu kita datang ke tempat barang tertinggal, barangan itu tetap  dikedudukannya.

Baca komen-komen netizen mengenai isu ini

Ramai yang mengecam malah mendedahkan, di Pantai Batu Buruk, basikal ini juga bersepah. Di Putrajaya juga sama, begitu juga lain-lain kawasan. Tapi apa yang membuat mereka geram, pendatang asing seperti bangla, Indon juga sangat selamba membawa basikal oBike tanpa rasa bersalah.

Malah isu oBike ini turut mendapat perhatian dari ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang  mana katanya semua masalah gejala sosial ini,  berbalik kepada isu kesenjangan ekonomi.

“Jenayah domestik berlaku kerana isu sara diri dan perkara yang sering saya bangkitkan di Parlimen berkenaan kemelut miskin bandar.

“Pembangunan tak terkawal, akses minimum terhadap pendidikan dan kesihatan yang juga terpaksa ditanggung oleh penduduk Kerinchi akhirnya menjurus segelintir antara mereka dalam keterlibatan jenayah.

“Kerana itu pihak berkuasa harus tegas. Tidak ada dwi-standard dalam jenayah kecurian dan rompakan. Siasatan dan dakwaan dari rakyat, sehinggalah kepada pemimpin teratas sekalipun harus dijalankan secara konsisten dan menyeluruh.

Apa kata, mulai hari ini, jika benar ada  kekurangan di kalangan anak-anak remaja ini, beranikanlah menegur dengan pendekatan berhemah. Buat ibu bapa yang tahu anak-anak mereka terlibat dalam kecurian basikal ini, tegur dan kalau perlu roton, rotanlah kerana Rasulullah sendiri mengakui pada usia anak 7-14 tahun adalah peringkat paling mencabar dalam mendidik anak. Ibu bapa perlu menjadi kawan baik untuk memahami apa yang golongan remaja ini perlukan. Jika niat kita baik, insya Allah, semuanya akan menjadi baik.

Published by
Almaswa Haji Che Ros