Subhanaallah! Jika sebelum ini mungkin ada antara kita yang pernah bertanya bagaimana rupa bentuk sebenar matahari, namun tiada siapa pernah mengetahuinya kerana kepanasan cahayanya tetapi kini sudah ada jawapan ditemui.
Sumber dari Wikipedia menakrifkan matahari sebagai bintang terdekat dengan bumi dengan jarak purata 149,680,000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai garis pusat (diameter) 1,391,980 kilometer dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit untuk sampai ke Bumi dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.
Namun dengan kemajuan teknologi, berlokasi di Daniel K Inouye Solar Telescope (DKIST) di Haleakala Observatory, Maui Hawaii baru-baru ini telah berjaya merakam gambar permukaan matahari dengan sangat tepat yang mana ia belum pernah ditunjukkan kepada sesiapa sebelum ini.
Gambar yang terakam ini jelas kelihatan permukaan matahari berbentuk seperti plasma-plasma berupa struktur sel. Sel-sel tersebut merupakan petunjuk pergerakan yang menghantar panas ke pusat matahari sampai ke permukaannya. Proses ini dinamakan perolakan, membawa plasma menjadi terang ke permukaan kemudian kembali gelap sebelum tenggelam ke tempatnya.
Menurut pengarah National Science For Research In Astronomy, France Cordova, gambar permukaan matahari ini begitu berguna untuk membantu astronomi untuk membuat kajian mengenai perubahan-perubahan drastik pada cuaca yang berlaku di angkasa lepas.
“Gambar ini merupakan paling detail yang kami peroleh yang mana kami dapat merakam gambar dan video. Malah menerusi teleskop ini,Inouye Solar Telescope milik NSF, pihak kami boleh memeta peta megnatik di permukaan matahari yang mana letusan kecil saja boleh memberi kesan kepada kehidupan bumi.
“Teleskop tersebut, katanya juga akan membantu untuk memeta cuaca di angkasa dan meramalkan badai matahari yang mungkin berlaku.
Dalam pada itu, Matt Moutain yang juga President Of Association of Universities for Research in Astronomy berkata, perkembangan ini membantu pengkaji meramalkan cuaca yang bakal berlaku dan sebagainya.
“Apa yang kita perlukan adalah formula fizik tentang cuaca di ruang angkasa luar dan ia dimulai dari matahari. Inouye Solar Telescope membantu kita semua mempelajari satu dekad akan datang.
“Untuk mendedahkan misteri terbesar matahari, kita tak hanya harus melihat dari permukaan secara jelas pada jarak 93 juta mil tetapi juga memetakan medan magnetik serta atmosfera terkeluar dari matahari,”kata Thomas Rimelle yang juga Pengarah dari Inouye Solar Telescope.
Apa pun, segalanya datang dari Allah dan manusia hanya pengantara untuk membuat kajian demi kajian. Sumber : Universe Today
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI