Jika sebelum ini baju Dato’ Sri Ismail Sabri mendapat perhatian netizen setiap kali beliau tampil membuat liputan perkembangan terkini tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Pak Long negara kita sekali mendapat perhatian apabila ‘background’ video perutusan darinya menjadi buah mulut netizen.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Dato’ Sri Ismail Sabri sedang menjalankan kuarantin kendiri dirumahnya selama 14 hari selepas berkunjung ke Sabah baru-baru ini. Disebabkan itu, beliau terpaksa melakukan sidang media di rumah.
Namun, sebaliknya apa yang terjadi apabila netizen memerhati koleksi beberapa barang yang tersusun di rak belakang yang menjadi pilihan ‘background’ Dato’ Sri.
Kalau korang biasa menonton penjual bundle yang sering melakukan sesi ‘live’ di Facebook, sudah tentu korang tahu bagaimana reaksi pembeli yang ingin membida barangan yang dijual.
Begitu juga di ruangan komen Ismail Sabri yang dipenuhi dengan komen seloroh netizen yang ingin ‘locked’ barangan yang ada dibelakang beliau. Hiks!
Situasi ini berjaya dirakam oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Saiful Rodzali. Haih, netizen ni tak pernah tak lucu kan? Hehe!
Sumber: Saiful Rodzali