Pemilihan model transgender untuk mempromosikan produk wanita kian menjadi trend.
Terbaru, jenama terkemuka Adidas turut cipta kontroversi kerana didakwa mempamerkan seseorang yang bukan wanita untuk menunjukkan pakaian renang di laman webnya. Ia mengundang kritikan kerana dianggap sebagai usaha untuk menghapuskan kewujudan wanita.
ARTIKEL BERKAITAN : Transgender Dilarang Bertanding Dalam Sukan Renang Wanita Bertaraf Elit, Tetapi…
Pelbagai jenama fesyen cuba cipta kelainan dan kepelbagaian dengan memilih model dengan rupa yang berbeza. Tetapi usaha Adidas dalam kempen terbarunya mendapat kecaman hangat orang ramai. Salah satu produk terbaru Adidas ‘Pride 2023’ menggunakan model lelaki untuk mempromosikan pakaian renang wanita. Rata-rata netizen kurang senang dan tidak bersetuju, malah mengajak orang ramai agar jenama AS ini diboikot.
Dalam gambar produk pakaian renang rekaan pereka Afrika Selatan, Rich Mnisi, model kelihatan jelas seperti seorang lelaki secara fizikal. Seorang lagi model lelaki turut dilihat menunjukkan barangan yang diperbuat daripada bahan kitar semula yang dipanggil ‘Pride Swimsuit’ dalam video tersebut.
Selain pakaian renang, beberapa pakaian yang menjadi koleksi wanita turut dipromosikan oleh model lelaki. Gambar produk tersebut telah menjadi viral di media sosial. Ramai yang mengecam, termasuk bekas transgender Oli London.
“Lihat sahaja wanita itu mempunyai bonjol. Adidas menggunakan lelaki kandung untuk menunjukkan pakaian renang dan coli yang ditujukan untuk wanita,”
“Tiada siapa yang menjual pakaian renang dengan model yang mempunyai bulu dada dan bonjol di celah kelangkang,” tulis netizen.
Sebelum ini, netizen turut dikejutkan dengan pemilihan transgender Dylan Mulvaney sebagai duta jenama Nike bagi produk bra sukan. Pada masa itu, ramai wanita yang marah dan memanggil ‘Burn Bra Challenge’ di TikTok kerana Dylan tidak kelihatan seperti dia mempunyai buah dada.
Beberapa jenama lain seperti Bud Light dan Maybelline juga turut menjadi kontroversi kerana mereka memilih selebgram tersebut.
BACA LAGI : Model Transgender “Paling Cantik” Dilarang Masuk Dubai Kerana Pasport Lelaki, Ini Fotonya!