Netizen Mengadu Selepas oBike Singapura Tamat Operasi Minggu Ini, Apa Nasib oBike Malaysia?

Share

 

Syarikat perkhidmatan basikal servis, oBike secara rasminya menamatkan operasi di Singapura bermula Isnin lalu (25 Jun).

 

Servis oBikes juga dipadam daripada aplikasi GrabCycle di Singapura bermula Isnin lalu.

Menurut oBike, keputusan ini diambil berikutan masalah persetujuan di antara syarikat tersebut dengan peraturan baru  Persatuan Pengangkutan Darat untuk menangani masalah basikal yang tidak diparkir semula di tempat yang disediakan.

 

Basikal yang dibiarkan saja di penghadang jalan Kallang Road dan Sir Arthur’s Bridge.

 

oBike yang ‘dihumban’ saja ke tong sampah di Ubi Avenue 4.

 

Peraturan baru ini memerlukan syarikat servis seperti oBike memastikan pengguna basikal skan kod QR di setiap lokasi parkir sebagai bukti mereka telah meletakkan basikal semula di tempat yang sepatutnya. Namun selepas berbincang, oBike memilih untuk menamatkan operasi kerana peraturan baru ini akan mengakibatkan ‘isu kewangan’ kepada mereka.

oBike, bagaimanapun berkata penamatan operasi di Singapura itu TIDAK AKAN memberi kesan kepada operasi oBike di negara serantau seperti Malaysia. Ia masih akan beroperasi seperti biasa, jadi korang bolehlah menarik nafas lega.

BACA: Port Mana Paling Panas Basikal oBike Curi Disimpan

 

* * * * *

 

Walaupun oBike dalam kenyataan mereka berterima kasih kepada lebih 1 juta pengguna aktif mereka di Singapura sejak servis itu diperkenalkan pada Januari 2017, nampaknya ramai netizen yang membuat aduan tidak berpuas hati terhadap perkembangan terbaru ini.

 

Keadaan basikal di luar asrama St Andrew’s Junior College.

 

Bukan saja basikal oBike, basikal syarikat lain pun ditinggalkan berdekatan Margaret Drive.

 

Dari jam 5 pm hari Isnin sehinggalah 4 pm semalam, Persatuan Pengguna Sinapura (CASE) telah menerima 232 aduan terhadap oBike. Kebanyakannya mengadu yang mereka belum menerima bayaran refund untuk wang deposit walaupun syarikat itu tidak lagi beroperasi.

BACA: Netizen Komen ‘Mentaliti Kelas Ketiga’ Punca Curi Basikal oBike

Di Singapura, pengguna oBike perlu memasukkan wang deposit S$19 untuk pelajar dan S$49 bagi pengguna lain. Ketika ingin menekan butang ‘refund deposit’ pada app, pengguna akan berdepan dengan masalah connection.

Ada juga yang mendakwa butang tersebut sudah ‘hilang’ dari app tersebut.

 

 

Haih, kesian juga dengan pengguna oBike di Singapura memandangkan mereka tegar menggunakan perkhidmatan itu di sana.

Kita yang masih ada servis oBike di Malaysia kenalah bersyukur dan menjaga kondisi basikal yang ada.

 

Sumber: Channel News Asia

 

 

Published by
FZ