Netizen Puji Bae Suzy Comel Pakai Hijab Pemberian Fan

Share

Wow, bekas penyanyi Miss A dan aktres, Bae Suzy dari Korea ini memang pakai apa pun cantik je!

Suzy sering dipanggil untuk menjayakan photoshoot setiap bulan di Korea Selatan.

Hasil gambar photoshoot yang dicari di Internet, tak dapat disangkal lagi Suzy mempunyai rupa paras cantik dan boleh mengenakan apa-apa jenis pakaian.

Pakaian comel, pakaian high fashion, streetwear atau apa sajalah yang dipakainya, bahagian komen pasti akan dihujani dengan pujian!

Nak high fashion atau comel? Dua-dua pun Suzy boleh buat!

 

Terbaru, muncul video di media sosial yang menunjukkan Suzy sedang melayan peminat dalam acara fan meeting.

Video milik akaun Instagram @noona_bigos itu menunjukkan salah seorang peminat menghadiahkan Suzy dengan sehelai selendang atau shawl berwarna biru dan berbunga tabur.

Pada caption tertulis, “Seorang fans (ber)asal (dari) Indonesia memberikan sebuah Hijab untuk @skuukzky pada saat fan sign ‘faces of love’, hari minggu kelmarin.”

 

Dalam video tersebut, peminat bertuah itu meminta izin untuk mengenakan selendang pada kepala Suzy.

Suzy terus menerimanya, memakai dan pose pada kamera di belakang. Siapa sangka, pakai hijab pun comel!

Lebih mengharukan, Suzy terus mengenakan selendangnya itu walaupun selepas peminat tersebut beredar.

Selebriti berusia 24 tahun ini sememangnya terkenal dengan attitude yang sopan, ‘selamba’ dan sentiasa senyum. Jadi tak hairanlah apabila Suzy terbuka hati dan minda untuk mencuba selendang pemberian peminat.

Macam kena pula kot checked yang dipakai Suzy dengan corak selendang tabur berwarna biru ni. BTW, apa yang dipakai Suzy pada pergelangan tangan tu?

 

Kadangkala, ada sesetengah syarikat management di Korea Selatan yang tidak membenarkan peminat memberikan hadiah semasa acara fan meeting atas faktor keselamatan. Rugilah mereka! Suzy bertuah kerana menerima banyak hadiah daripada acara weekend
lalu.

 

Suzy terus memakai selendang ini selepas peminat tadi beredar.

 

Comelkan!

Ini pula antara komen yang diberikan peminat di Instagram @majalahremaja hari ini.

Kami berharap Suzy akan terus mengekalkan imej positifnya seperti ini (dan mungkin boleh memikat hati bekas teman lelaki, Lee Min Ho semula?). Hehe #ship.

Published by
FZ