Netizen Puji Bella Astillah Kuat, Baik Hati, Bila…

Share

Bukan senang nak jadi seorang wanita yang kuat!

Netizen memuji penyanyi yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon  Aliff Aziz iaitu Bella Astillah apabila dia masih lagi melayan baik bekas suaminya itu.

Semalam, Bella menggunakan aplikasi Q&A di Instagram untuk para peminatnya. Tanpa disangka, Aliff turut sama masuk dan Bella mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan mengenai keadaan suaminya.

Malah, Bella juga sempat meminta netizen mengucapkan hai kepada penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

Selain itu, Aliff juga turut bertanyakan soalan di mana Bella menjawab dengan tenang. Bagaimanapun, ada juga saat dimana dia kelihatan sebak saat Aliff bertanyakan satu soalan.

Susulan itu ramai yang memberikan pujian buat ibu kepada Ayden Adrean malah ada juga yang menjadikan Bella sebagai idola mereka.

Aliff dan Bella sah bercerai pada 16 Mei lalu di Mahkamah Rendah Syariah dengan alasan sudah tiada lagi persefahaman serta disebabkan kecurangan Aliff.

 

 

 

Published by
Khaleeda