Pertama sekali, tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Shila Amzah dan pilihan hatinya, Haris Idraki.
Semalam telah selamat acara khatam al-Quran dan majlis berinai diadakan pada sebelah siang sehingga ke malam di kediaman keluarga Shila.
Dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan artis seperti Jihan Muse dan Farah Fauzana, majlis dilihat berjalan lancar seperti yang dirancang.
Ads
Selain daripada suasana pelamin cantik, perkara pertama yang selalu dipuji oleh followers Shila di Instagram adalah pakaian ala Morrocan dan Bollywood-nya semasa majlis berinai.
Tema Bollywood dilihat cukup sinonim dengan majlis perkahwinan di Malaysia sekarang. Ada yang melakukannya kerana tradisi keluarga dari India atau Pakistan. Ada juga yang melakukannya atas dasar suka-suka untuk menikmati kemeriahan lagu dan tariannya.
Ads
Direka khas oleh Azura Couture, bukan sepasang baju yang direkanya untuk Shila, tetapi sehingga LIMA baju sekaligus termasuklah dress berwarna biru elektrik itu.
“Korang semua suka tak dress Sha semalam? Memang baik hati dan tak pernah berkira, Azura Couture tapau sampai 5 baju sekaligus untuk majlis Sha sampai penghabisan nanti.
“Dapat je material dari Baba Nyonya Shop, terus dia buat kerja. Yang terbaiknya, Sha tahu badan Sha yang lebih 60kg ni susah nak buat baju hehe. Tapi Zura sentiasa tahu macam mana nak work with my figure.
Ads
“Love Zura & team!” katanya dalam posting di Instagram.
Azura Couture sememangnya merupakan pakar kepada penghasilan baju perkahwinan sejak dulu lagi. Bukan sekadar konsep Bollywood, baju berkonsep Moden, Barat, Tradisional dan sebagainya memang celah gigi je lah untuk Azura.
Katanya, “Kami hanya mengambil masa beberapa hari saja untuk menyiapkan baju shila ni. Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kepercayaan yang penuh dan kasih sayang dari pihak Shila.”
Congrats kerana telah menghasilkan pakaian yang cantik untuk Shila, terutamanya apabila ia digandingkan secara kontras dengan pelamin merah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tupperware, siapa tak kenal dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang.
Tapi hari ni kami nak kongsi trik yang viral baru-baru ini untuk mencuci bekas makanan atau tupperware. Tambah pula bila makanan yang dibawa adalah berminyak dan keseluruhan bekas makanan tersebut turut meninggalkan kesan minyak yang degil!
Minyak yang melekat di bekas plastik ini memang susah ditanggalkan.
Nak tahu cara mudah cuci bekas plastik atau tuppaware berminyak?
Menerusi video TikTok, berdurasi 1:07 minit yang dikongsikan, wanita ini menunjukkan cara masih ramai dalam kalangan kita tidak sangka akan berkesan. Mana tidaknya, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu:
Sabun, Air Dan Tisu…Yes itu saja guys, tak perlu susah-susah.
Sila tonton video dibawah :
So tak semua video TikTok tu tak beranfaat dan pelik ye. Moga lebih ramai yang rajin buat video yang bermanfaat buat semua.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban tahun, koleksi Hari Raya Aidilfitri lah yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ternyata, tahun ini agak berbeza apabila Ramadan dan persiapan lebaran harus dilakukan dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun itu tidak sesekali menidakkan semangat 8 jenama pilihan REMAJA ini daripada memperkenalkan koleksi pakaian Raya masing-masing.
Kesemuanya pada hemat penulis amat menyelesakan, bergaya, moden tetapi masih mempunyai nilai kebudayaan serta tradisi sebagai persalinan menyambut Aidilfitri.
ANAABU
Koleksi khas Aidilfitri yang dinamakan sebagai Alam ini masih mengekalkan identiti back to basic yang sinonim dengan ANAABU. Namun kali ini, mereka mencipta kelainan dengan inspirasi alam semula jadi dan mengajak korang untuk melihat keindahan dalam yang ternyata berbeza di antara satu sama lain di sekeliling.
Bukan semua perkara itu mirip, samalah juga dengan nama-nama yang dipilih bagi koleksi ini seperti Awan, Renyai, Dahan, Umbi dan banyak lagi. Ia mudah untuk disuai padan bagi penggayaan hening Syawal korang.
SETH & LUNA x MARSHA MILAN
Setelah dilancarkan seawal 21 Mac lalu, ramai mudah tertarik dengan gaya kurung hasil kolaborasi jenama Seth & Luna bersama selebriti, Marsha Milan Londoh.
Khas sempena Ramadan ini di Instagram Marsha Milans, korang boleh merebut beberapa Flash Sale yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Koleksi ini terbahagi kepada set Marsha, Milan dan Londoh. Eh, macam pernah dengar lah. Hihi!
UNIQLO x Hana Tajima
Seperti tahun-tahun sudah, UNIQLO kembali dengan koleksi Spring/Summer bersama Hana Tajima yang kasual untuk persalinan Raya. Why not kan?
Dengan konsep Changing Bodies, koleksi ini mempunyai corak floral yang dilukis sendiri oleh Hana Tajima untuk dijadikan sebagai paten. Ia juga mempunyai persalinan warna terang dan berpotongan longgar bagi memberi keselesaan terutamanya kepada gadis muslimah.
TANGSI TUJUH
Koleksi yang dinamakan sebagai Karar ini mungkin bukanlah koleksi khas Tangsi Tujuh untuk musim Aidilfitri 2020. Namun, kami merasakan ia adalah persalinan yang sesuai untuk korang gayakan sepanjang Syawal kelak.
Ia diperbuat 100% daripada fabrik % semulajadi yang bersesuaia dengan cuaca di Malaysia. Malah potongannya juga memudahkan korang untuk bergerak.
MASLEA
Maslea sememangnya adalah jenama yang terkenal dengan rekaan ringkas dan minimal. Lalu bagi koleksi Nostalgia Raya 2020, Maslea menerusi Zalora menghasilkan rekaan yang masih minimal tetapi berpotongan moden.
Kami amat menggemari intepretasi kurung Riau, kurung Maranao dan kurung Panjang yang diperkenalkan oleh Maslea. Ia memudahkan korang juga untuk menyuai padan bahagian top ini dengan seluar skinny.
LILIT
Menerapkan idea Lilit : Class of 2020, Lilit menyamakan koleksi Lilit Raya pada tahun ini dengan nama-nama ‘kakak’ dalam sebuah keluarga Melayu. Ia bagi memudahkan korang memilih rekaan baju Raya yang bersesuaian dengan status dan usia masing-masing.
Sebagai contoh, rekaan Kak Ucu dan Kak Teh adalah nursing-friendly untuk mereka yang mempunyai bayi kecil. Manakala rekaan Kak Song Hye pula bagi mereka yang menggilai K-Drama. Apapun kami amat menggemari idea Kelab Sukan Lilit yang dipaparkan untuk kempen raya Lilit tahun ini.
M.Kita by Mimpi Kita
M.KITA Lebaran 2020 telah menemui peminat jenama itu sejak Mac lalu dan ramai yang menyukainya! Warna-warna pastel dan polos memang senang dipandang pada Syawal nanti.
Sempena pandemik wabak Covid-19, M.Kita akan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan koleksi ini kepada DOPS.TV Mercy Malaysia dan dana Covid-19 Fashion Valet.
Parca
Parca Lebaran 2020 mengambil inspirasi hubungan rapat di antara si ibu dan anak daranya. Konsep tersebut ibarat anologi terhadap cara penjualan koleksi lebaran Parca yang membahagikan pakaian mengikut pieces by pieces. Jadi korang boleh mencampur adukkan corak untuk bahagian baju dan sarung.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Masya Allah, saya rasa diri ini terlalu kerdil. Tiada kata mampu saya luahkan melainkan rasa bersyukur”.
Inilah ungkapan Nur Natasha Azeze binti Shariman Azeze, 18 tahun saat berkongsi perasaan apabila namanya diumumkan sebagai Johan Qariah pertandingan Majlis Menghafaz dan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Sembilan di Pusat Dakwah Ismaliah, Paroi Seremban semalam.
Dalam usia cukup muda, percubaan kali pertama dari kategori remaja mencuba ke dewasa, ternyata rezeki kemenangan telah tertulis buatnya semalam sekaligus membawa pulang piala pusingan, sijil dan wang tunai yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sementara itu, Johan Qari dimenangi oleh Ahmad Basyir Abu Bakar, 37.
Dalam pada itu, Natasha berkata, hari ini dia sepatutnya bertolak ke Putrajaya bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2018 yang berlangsung mulai 1- 6 April 2018 namun menangguhkannya seketika bagi membolehkannya menerima anugerah kecemerlangan sekolah yang diadakan esok.
Baru memperoleh keputusan SPM 2017 dengan memperoleh keputusan 7A, pelajar aliran sastera dari SMK Seri Pagi, Senawang ini berkongsi sedikit tips untuk terus dekat dengan al-Quran yang diturunkan semenjak 1400 tahun dahulu.
“Saya teringat pesan Ustaz, kita hendaklah sentiasa dekatkan diri dengan al-Quran. Insya Allah, jika kita sentiasa yakin, rezeki itu tidak akan putus. Jiwa kita akan sentiasa tenang. Tak ada masalah tak boleh diselesaikan jika dekatkan diri dengan al-Quran. Alhamdulillah, inilah yang saya amalkan sejak memasuki sekolah menengah.
“Malah keputusan baik dalam SPM itu juga ada rezeki berkaitan dengan mendekatkan diri dengan al-Quran,” katanya memaklumkan, tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Khamis dirinya akan mengulang dan melancarkan taranum bersama Ustazah Maimon, guru agama yang menjadi pembimbingnya selain bertanya kepada Ustaz dan Ustazah yang lain sama ada melalui panggilan telefon atau pergi berjumpa mereka sendiri.
Mengambil masa sekurang-kuranganya dua jam bagi setiap pembelajaran, Natasha berkata, bagi pertandingan musabaqah al-Quran, empat aspek amat dititik berat iaitu tarannum, tajwid, fasohah dan suara,” katanya yang akan memastikan selepas solat Maghrib, dirinya akan membuka dan membaca al-Quran dua atau tiga muka surat untuk pelancaran dan fasih.
Mengakui dirinya masih sama seperti remaja lain tetapi Natasha berkata, sejak umurnya 7 tahun, dia telah pergi mengaji sehingga dia khatam kali pertama pada usianya 12 tahun.
Ditanya bagaimana perasaannya untuk bertanding dengan qariah yang lebih dewasa dan mungkin punya pelbagai pengalaman sedangkan dirinya adalah kali pertama, Natasha berkata, dia akan mencuba sebaik mungkin dan selebihnya adalah rezeki Allah.
“Ini pengalaman pertama saya. Malah saya sendiri tak pernah menang apa-apa anugerah pun ketika di peringkat remaja. semua ini rezeki Allah,” katanya yang mengesyorkan agar golongan remaja tidak meninggalkan al-Quran yang mampu menyelesaikan apa juga masalah dihadapi oleh setiap insan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...