Nama bintang bola sepak terkenal Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid tidak perlu diperkenalkan lagi kerana bagi peminat bola sepak tempatan sudah tentu kehebatan penyerang Kebangsaan berusia 23 tahun ini sudah diketahui umum.
Pemain muda ini dilaporkan telah menyumbang 1,000 botol hand sanitizer kepada hospital swasta KPJ Johor bagi membantu memerangi penularan virus COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Tidak hanya itu, Safawi juga turut mengedarkan hand sanitizer tersebut kepada beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas membantu mencegah wabak tersebut.
Usaha ini mendapat pujian dan rata-rata masyarakat Malaysia mengucapkan tahniah serta mendoakan sejahteraan Pawi.
Difahamkan juga, pemain JDT sebelum ini telah bersetuju untuk mendermakan sebahagian daripada gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor.
Para pemain, jurulatih dan kakitangan JDT juga bersetuju dengan pemotongan gaji 33 peratus, sekali gus menerima pujian daripada Konfederasi Bolasepak Asia, Persatuan Bolasepak Malaysia dan Malaysian Football League.
Sememangnya sikap bantu-membantu seperti inilah yang perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. Tidak salah sekiranya individu yang berkemampuan membantu meringankan beban insan-insan lain yang berada dalam kesusahan.
Diharap agar masyarakat di Malaysia lebih bersatu-padu dalam menghadapi situasi sekarang bagi menamatkan penularan wabak ini daripada berterusan.
Stay home & stay safe guys!
Sumber: Johor Southern Tiges