Netizen Risau Kluster Ikan Mabong 10 Sen, Tular Video Rakyat Di Kelantan Gigih Berebut Dan Lupa SOP

Share

Tular petang semalam, satu rakaman video di media sosial memperlihatkan orang ramai berebut ikan mabong yang dipercayai dijual pada harga rendah di pasar raya Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan yang baharu saja dibuka pada hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Matrik Dikompaun Langgar SOP Dalam Cafe, Netizen Luah Tak Puas Hati

Rakaman video berdurasi 15 saat yang dikongsi oleh Mohammad Amirul Fitri itu memperlihatkan orang ramai mengabaikan SOP pencegahan Covid-19 gara-gara berebut untuk mendapatkan ikan mabong yang dijual pada harga RM0.10 seekor.

Hal ini, bersempena dengan hari pertama pembukaan, pengurus pasar raya telah membuat promosi besar-besaran sehingga menarik perhatian ramai untuk datang ke Mydin Tunjong.

Dalam video tular itu menunjukkan ramai pelanggan berebut mengambil ikan Mabong yang dijual dengan harga 10 sen dan sekali gus telah melanggar SOP sedangkan negara masih lagi bergelut dengan wabak Covid-19 yang masih mengganas.

Namun, di media sosial, netizen mula mempertikaikan tanggungjawab Mydin dalam memastikan pelanggannya mematuhi SOP dan tiadanya penjarakan di antara pelanggan lelaki dan wanita sehingga ada yang bersentuhan ketika berasak-asak mengambil ikan tersebut.

Malah, rata-rata komen melahirkan rasa sedih dan kesal melihat kegagalan pihak pengurusan pasar raya tersebut dalam menjalankan promosi kepada masyarakat pengguna. Netizen juga bimbang keadaan huru-hara seperti itu akan mencetuskan kluster baru kes Covid-19.

Hmmm….apa pendapat korang?

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Facebook Mohammad Amirul Fitri

Published by
Nana