Daulat Tuanku!
Hari ini akan kekal di dalam sejarah pemerintahan Malaysia apabila Yang di-Pertuan (YDP) Agong Malaysia ke-16 telah dilantik sekitar jam 11 pagi tadi.
Perlantikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad selepas Raja-Raja Melayu bermesyuarat di Istana Negara pada pagi tadi.
“Saya memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja dalam Mesyuaratnya ke 251 (Khas), bersetuju mengisytiharkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in, Sultan Pahang Darul Makmur, telah dipilih menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, selama tempoh lima tahun, mulai 31 Januari 2019,” kata beliau.
Menurut laporan Malay Mail, kereta yang membawa keberangkatan Sultan Selangor, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu dan Negeri Sembila dapat dilihat memasuki perkarangan istana pada pagi tadi.
Sambil itu, Sultan Perak Darul Ridzuan juga telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun, juga bermula dari 31 Januari 2019.
***
Pengumuman ini disambut gembira oleh netizen di media sosial yang rata-rata mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda.
@izham1970
Ya Allah yang Maha Kuasa, lanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia. Dirghayu aman dan bahagia sentiasa. Selamatkan Duli Tuanku Agong kami, Daulat tuanku.
@saharudin505
Saya anak jati Pahang dan saya berbangga ada Agong baru. Daulat Tuanku!
@shaiful4809
Alhamdulillah, daulat Tuanku. Semoga Tuanku memerintah dengan adil & saksama mengikut undang-undang negara & Islam. Amin.
Daulat Tuanku!