Netizen Sedunia Bercakap Tentang Nasi Lemak Hari Ni, Kenali Pelukis Ilustrasinya

Share

 

Rasa bangga pula bila netizen sedunia di Twitter terutamanya bercakap mengenai kehebatan dan kepentingan juadah Nasi Lemak!

 

Okay, let’s not play the claiming game.

Tak kiralah korang makan Nasi Lemak di Malaysia, Brunei, Thailand ataupun Singapura, juadah popular untuk sarapan pagi itu (or at any times TBH) memang menjadi kegemaran semua. Malah sekiranya pelancong asing berkunjung ke negara kita pun, Nasi Lemak ialah juadah wajib yang akan dihidangkan kepada mereka.

Maka, tak hairanlah apabila netizen asing tertanya-tanya apakah itu Nasi Lemak dan mengapa ia diraikan sebagai doodle video oleh Google pada hari ini?

Ini dia pelukis ilustrasi, Alyssa Winans yang bertanggungjawab untuk mencipta video doodle tersebut bersama rakannya Satin Cowboy yang pernah mencipta bait bunyi dan lagu untuk Apple, Disney, Netflix dan banyak lagi klien lain.

 

Twitter

 

Daripada ilustrasi story board yang dikongsikan oleh Alyssa menerusi akaun Twitter-nya ini, korang dapat lihat bagaimana dia cuba untuk memahami langkah-langkah menyediakan Nasi Lemak.

Korang setuju tak dengan cara penyediaan ni, atau Alyssa ada ter-miss langkah penting? Hehe..

 

Twitter

 

Ini pula kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Google Doodles untuk menjelaskan apakah itu Nasi Lemak kepada mereka yang tidak mengenalinya.

“Hari ini, Doodle meraikan juadah berbau wangi dan pedas yang dikenali sebagai Nasi Lemak. Juadah yang dianggap sebagai Juadah Kebangsaan Malaysia (OMG BANGGA!) dan dimakan sepanjang tahun ini adalah juadah sarapan rakyat di sana. Juga popular di Singapura dan Thailand, Nasi Lemak berasal daripada negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

“Walaupun namanya ialah Nasi Lemak (berasal daripada santan yang digunakan), ada juga yang beranggapan ia berasal daripada kisah anak kepada balu bernama Mak Kuntum yang secara tak sengaja tercurah santan ke dalam periuk nasi. Bila ditanya apa yang sedang dimasak, anak perempuan itu menjawab, “Nasi le, Mak!”

Hhm boleh percaya ke mitos ni?

Ini pula komen netizen mengenai ilustrasi Google Doodle ini:

 

 

Apapun, REMAJA dan pastinya kesemua rakyat Malaysia berbangga dengan juadah Nasi Lemak dan berharap agar lebih ramai lagi warga asing yang boleh menikmatinya.

BACA: Nasi Lemak Vs Roti, Mana Satu Sarapan Yang Buat Badan Makin ‘Kembang’?

 

Published by
FZ