Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai harga tiket Konsert solo pertama penyanyi terkenal Faizal Tahir, yang dikatakan agak mahal berbanding dengan konsert penyanyi lain.
Malah, ada segelintir netizen meminta agar Faizal menurunkan sedikit harga tiket jualan konsert tersebut agar ia mampu dibeli.
Berhubung perkara berkenaan, penyanyi lagu popular Sampai Syurga itu tampil menjawab mengenai isu konsert tersebut yang bakal diadakan 2 September ini.
Katanya, menjawab persoalan, dia menyerahkan urusan penjualan tiket sepenuhnya kepada pihak penganjur.
“Soal harga saya tidak boleh jawab lebih kerana di luar bidang kuasa saya. Secara jujurnya, masa tengok harga tiket pun saya tertanya juga ‘wow harga tiket macam ini ya’.
“Tapi perkara ini saya sudah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan tapi seperti penganjur cakap sebelum ini, mereka sudah mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga tiket ini.
Ads
“Untuk saya patah balik dan kurangkan harga tiket itu agak susah tetapi seperti dimaklumkan pihak penganjur, ia adalah harga berdasarkan apa yang mereka jangka daripada saya,” katanya.
Faizal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Aku Faizal Tahir Live in KL yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Tambah naib juara musim pertama rancangan realiti televisyen One In A Million (OIAM) itu, dia bagaimanapun berjanji akan memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.
Ads
“Bagi pihak saya, saya minta maaf banyak-banyak kerana ia bukan satu perkara yang saya boleh kawal dengan mudah.
“‘Sejujurnya ia memberikan sedikit tekanan buat saya apabila melihat harga tiket seperti itu. Sebagai penghibur, saya perlu memberikan yang terbaik untuk memastikan harga tiket yang mereka bayar itu berbaloi” ujarnya.
Berkata mengenai konsert itu lagi, persembahan pada malam tersebut adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.
“Ketika saya mempromosikan lagu terutamanya di media sosial, terlalu banyak komen daripada peminat yang meminta saya untuk membuat konsert solo. Pihak pengurusan kumpulkan semua komen itu dan tunjukkan kepada saya.
Ads
“Saya nak orang pulang dengan rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing dan bukan hanya sekadar untuk berhibur,” tuturnya lagi.
Sekadar informasi, Konsert ‘Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur’ bakal di adakan di Dewan Merdeka, World Trade Centr, Kuala Lumpur pada 2 September ini.
Para peminat boleh mendapatkan tiket pada hari ini bermula jam 10 pagi di laman web www.jiotix.asia atau boleh hubungi di WhatsApp: 011-51003111.
Harga tiket bermula pada harga RM488 untuk Platinum, RM588 (Diamond), dan RM688 (VIP).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem ketiga daripada siri Jurassic World, Jurassic World: Dominion telah pun menemui penonton di pawagam bermula hari ini. Bagi peminat siri dinosaur, sudah tentu mereka sudah tidak sabar dan teruja untuk menantikan filem terakhir daripada franchise Jurassic ini.
Sumber: United International Pictures
Jurassic World: Dominion mengisahkan kesinambungan daripada filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang mana manusia dan dinosaur hidup bersama. Konfliknya berlaku apabila pewaris Jurassic Park, Maisie Lockwood mula diburu oleh syarikat Biosyn Genetics kerana genetiknya yang dikatakan mampu membantu syarikat mereka bersaing dengan pesaingnya.
Sumber: United International Pictures
Antara konflik lain yang berlaku apabila berlakunya serangan belalang juta (locust) yang memusnahkan tanaman sumber makanan dan mengancam bekalan makanan di seluruh dunia. Ha, pelik sedikit kali ini bila mana kisah belalang juta turut menjadi antara keutamaan dalam filem Jurassic yang terbaharu ini.
Siri ini juga mendapat kritikan daripada peminat filem kerana menyifatkan pengisian dan jalan ceritanya yang lemah dan tidak menarik. Sepertinya ada yang tidak kena dengan siri kali ini tetapi bagi kami, ia masih berbaloi untuk ditonton di pawagam.
Sumber: United International PicturesSumber: United International Pictures
Bagi yang tidak mengikuti siri Jurassic ini juga korang tidak perlu risau kerana di permulaan cerita banyak menerangkan apa yang berlaku terhadap spesies dinosaur bagi memberi gambaran jelas buat penonton, khususnya mereka yang tidak pernah mengikuti filem ini. Jalan cerita yang mudah difahami juga membuatkan penonton tidak mudah keliru.
Penampilan barisan pelakon dari trilogi filem asal Jurassic Park seperti Sam Neill (sebagai Alan Grant), Laura Dern (sebagai Dr. Ellie Sattler) dan Jeff Goldblum (sebagai Dr. Ian Malcom) juga menjadi tarikan buat peminat siri Jurassic untuk menonton filem ini.
Sumber: United International Pictures
Apa yang boleh kami katakan secara keseluruhan, Jurassic World: Dominion masih lagi menghiburkan lebih-lebih lagi untuk tontonan kanak-kanak semasa cuti sekolah. Sebelum mula sesi persekolahan minggu hadapan, bolehlah bawa adik-adik korang ke pawagam menonton filem ini. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada usia 92 tahun, penyanyi lagenda dari India yang sinonim dengan industri perfileman Bollywood, Lata Mangeshkar telah meninggal dunia pada 6 Februari 2022 akibat jangkitan Covid-19.
Lata telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Breach Candy, Mumbai pada 11 Januari lalu setelah disahkan positif Covid-19. Menurut Dr Pratit Samdani yang merawatnya, disebabkan faktor keadaan kesihatan beliau dan faktor usia, beliau telah mengalami kegagalan organ selepas lebih 28 hari dimasukkan ke hospital.
Mendiang Lata Mangeshkar meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Lata yang dilahirkan pada 28 Septembr 1929 di Indore, India telah mula menyanyi sejak usia 13 tahun lagi demi menjaga ibu serta empat adik-beradiknya setelah kematian bapanya. Dengan bakat dan potensi yang ada, lima tahun kemudian beliau telah berpeluang untuk menyanyikan lagu untuk filem Bollywood pertamanya bertajuk Aapki Sewa Mein. Dan bak kata orang, the rest is history.
Lata Mangeshkar bersama Kajol MukherjiMadhuri Dixit di antara pelakon yang selalu ‘dipinjamkan’ suara Lata Mangeshkar.Lata Mangeshkar ketika bersama Rani Mukherji dan Hema Malini, masing-masing pernah ‘meminjam’ suara Lata dalam filem masing-masing.
Lata tidak pernah menjadikan usia sebagai alasan untuk berhenti melakukan perkara yang dicintainya iaitu menyanyi. Atas usaha serta sumbangan beliau dalam industri Bollywood, mendiang dijadualkan untuk menerima istiadat pengebumian negara. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah memaklumkan bahawa negara tersebut akan berkabung hingga esok dengan mengibarkan bendera separuh tiang.
Bagi generasi baharu yang mengikuti filem-filem Bollywood sejak era 90-an, pastinya korang dapat mengecam suara lunak Lata Mangeshkar terutamanya menerusi filem terbitan Yash Chopra.
REMAJA senaraikan 5 lagu paling popular dipetik dari filem-filem Bollywood yang pernah dinyanyikan oleh mendiang yang digelar sebagai ‘The Nightingale of India’ ini.
01
Mehndi Laga Ke Rakhna – Dilwale Dulhania Le Jayenge
02
Are Re Are – Dil To Pagal Hai
03
Koi Ladki Hai – Dil To Pagal Hai
04
Humko Humise Chura Lo – Mohabbatein
05
Andekhi Anjaani – Mujhse Dosti Karoge
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti seseorang itu boleh dilihat daripada zodiak atau bulan kelahiran mereka. Tidaklah kami mengatakan ianya adalah 100 peratus betul, tapi karakter-karakter ini dikaji mengikut pemerhatian sekeliling.
Bagi mereka yang lahir pada bulan Januari, agak-agaknya macam mana pula karakter korang ya?
Antara selebriti yang lahir pada bulan ini adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Aizat Amdan dan Akim Ahmad.
Aizat Amdan lahir pada 21 Januari
.
Akim Ahmad lahir pada 18 Januari
.
Jom kita lihat antara karakter-karakter individu yang lahir bulan Januari menurut Dr. Fadilah Kamsah.
1.Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
2.Suka mendidik dan dididik
3.Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
4.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
5.Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif, berfikiran mendalam
6.Pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang
7.Agak pemalu
8.Daya tumpuan yang sanggat tinggi dan mudah mendisiplinkan diri sendiri
9.Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
10.Cukup sayang pada kanak-kanak
11.Suka duduk rumah
12.Setia pada segala-galanya
13.Perlu belajar kemahiran sosial
14.Cemburu yang sangat tinggi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...