Terbaharu, penyanyi lagu popular Hapus itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mengenakan fesyen yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
Menerusi hantaran di Instagram, Masya tampil memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan skirt pendek dengan legging putih ketika bercuti di Tokyo, Jepun, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Orang Yang Mengapi-Apikan, Berhentilah…” Neelofa Mohon Henti Keruhkan Lagi Kenyataannya
Penampilannya sedemikian secara tidak langsung telah ‘memancing’ pengguna platform berkenaan untuk meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Tidak seperti kebiasaannya penyanyi itu hanya mendiamkan diri, namun kali ini menerusi hantarannya tersebur, dia dilihat membalas satu komen seorang warganet.
Pengguna tersebut menegur supaya penyanyi lagu Halimunan itu menjaga imej Muslimah yang dibawa dari terpesong jauh serta meminta penyanyi itu tidak lagi bertenang seperti yang ditulis dalam kapsyennya.
“Adik, tidak perlu nak calm (tenang) sangat. Tahu dalam hati itu Allah sudah jentik. Asyik tular sana sini fasal pemakaian awak tidak sudah-sudah.
“Ada sesuatu Allah nak beritahu awak gadis Muslimah, Jagalah imej Muslimah yang sebenarnya. Jangan jadi bahan fitnah, jangan mengundang fitnah,” komen pengguna itu.
Susulan itu, Masya tampil membalas komen individu itu dengan tenang dan ringkas.
“Thank you sisturr (sister),” balasnya ringkas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Masya Masyitah