Penyanyi, Najwa Latif tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila adiknya yang dikenali sebagai Irma bersetuju untuk menyertainya jamming lagu di dalam kereta.
Dia juga turut berkongsi video tersebut di laman Instagram berserta kapsyen penghargaan.
Bila adik kau yang paling pandai setuju nak buat apa kau selalu buat. #yes #improud #Becauseyoulayanme #Youaremyrealsisternow #adiksayaselaluseriusorangnya #jarangdiatunjukperangaicomeldia #yes #ikutkakakdiacomelharini #doneclaim,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by OfficialNajwaLatif (@njwalatif) on
Susulan itu, ramai yang memuji suara kedua-dua beradik tersebut, malah ada juga yang ingin melihat lebih banyak lagi kolaborasi antara Najwa dan Irma.
Untuk pengetahuan, Najwa juga bermula sebagai anak seni melalui video-video cover lagu di dalam kereta. Memang mengimbau memori bila melihatkan aksi Najwa dan adiknya ini.
“Alhamdulillah, Saya Selamat Bertunang,”- Intan Najuwa Kini Bergelar Tunangan Orang, Jarak Usia 16 tahun Tidak Halang Percintaan
Pelakon drama Tuan Danial, Intan Najuwa berkongsi beberapa foto pertunangannya bersama pilihan hari yang diadakan pada Ahad lalu.
“Alhamdulillah, saya kini selamat bertunang,” kongsinya di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
Tampak cantik dengan busana berwarna ungu, Intan, 22 tahun juga sempat membuat appreciation post terhadap tunangnya apatah lagi dengan jarak usia mereka sebanyak 16 tahun.
“Lelaki di sebelah adalah sebab saya adalah saya hari ini. Kehadirannya di dalam hidup memberikan inspirasi buat saya untuk menjadi lebih baik.
“Dia sangat baik, penyayang, memahami dan sentiasa menyokong saya. Banyak komen yang saya terima hari ini. Duit? Meh sini saya bagitahu, cinta sejati bukanlah berdasarkan itu.
“Cinta sejati berdasarkan hormat, bertolak-ansur, kepercayaan dan juga kasih-sayang antara satu sama lain. Jangan mudah nak hukum orang.
“Hanya kamu @Ezurazz, keluarga dan kawan-kawan yang mengenali saya. Terima kasih untuk semua ucapan,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on
Dalam pada itu, kelihatan ramai netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut.
Anyways, congratulation!
Jangan Ingat Perbuatan ‘Lempar Kucing’ Boleh Terlepas, Remaja Lelaki Sarawak Kini Dicari
“Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tida memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.”
– Riwayah Al-Bukhari (3318) –
Perbuatan tular seorang remaja lelaki yang melemparkan kucing ke udara semata-mata untuk merekodkan video di aplikasi TikTok kelmarin telah dikutuk netizen Malaysia. Malah, perbuatan tersebut telah menerima perhatian daripada Persatuan Haiwan Malaysia ( Animal Malaysia) yang kini memoho kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai pelakunya itu.
Berdasarkan informasi yang diterima wakil persatuan menerusi maklum balas di akaun Facebook Rasmi Persatuan Haiwan Malaysia, remaja lelaki tersebut dipercayai berasal dari Sarawak dan lokasi keberadaannya telahpun diketahui.
Catat mereka, “Pelaku dipercayai seorang pelajar di Limbang dan menetap di Kuarters Kerajaan Sundar, dekat Lawas, Sarawak.
“(Dia) perlu tampil dan serah diri segera. Apa yang dilakukan adalah (terhadap) makhluk bernyawa dan tentunya ada risiko kecederaan mahupun kematian. Rata-rata masyarakat menganggap perbuatan tersebut kejam dan tidak berakal,” kata mereka.
Menurut laporan temuramah oleh rakan media di Harian Metro semalam bersama presiden persatuan, Arie Dwi Andika, mereka telah cuba untuk mendapatkan maklum balas remaja itu menerusi akaun Instagram-nya. Bagaimanapun, akaun trsebut telah dinyahaktif (deactivate) selepas dipercayai diserang oleh netizen.
Lalu sesiapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian dan identiti remaja lelaki itu boleh menyalurkannya kepada persatuan dengan menghantar kiriman WhatsApp ke nombor +6011 20901097 dengan segera.
*
Tidak kiralah jika korang ingin berhibur dan berseronok dengan aplikasi media sosial, itu tidak bermakna setiap tindakan itu dibolehkan dan tidak mendatangkan akibat yang memudaratkan.
Walaupun hanya melibatkan haiwan dan bukannya manusia, perbuatan seperti melempar ini juga boleh dianggap sebagai satu bentuk kezaliman, jenayah dan memperalatkan haiwan demi meraih likes dan pengikut.
Berani buat, beranilah tanggung.
‘Buddy’ Kucing Jalanan Yang Berani, Pernah Ditembak Di Kepala Kini Kembali Sihat – REMAJA
The Rock Bakal Presiden AS 2020? Trump Dimalukan Dunia!
Isi Kandungan
ToggleTak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba nama pelakon The Rock disebut-sebut sebagai bakal calon presiden Amerika tahun 2020.
Wow, bayangkan bila seorang pelakon hebat sepertinya menjadi presiden bagi sebuah negara berkuasa besar? Tentu gempakkan. Senyumannya memang buat orang cair.
Namanya mula disebut-sebut sebagai calon presiden bagi pertandingan 2020 bila mana bekas juara gusti yang cukup popular sebagai pelakon ini membuat satu posting di laman Twitternya pada 27 Julai lalu.
Pada posting berkenaan jelas terlihat pemilik nama sebenar Dwayne Johnson ini memberi reaksi positif terhadap laporan TIME mengenai isu pencalonannya sebagai calon yang bakal bertanding untuk kerusi presiden.
Bukan itu sahaja, malah beliau turut mengucapkan sekalung terima kasih kepada media berkenaan atas idea dan juga pada semua pihak yang menyokong perkara berkenaan.
“Terima kasih TIME. Saya mengucapkan terima kasih atas idea tersebut dan mendapat sokongan yang sangat nyata.
“Beberapa dari sekarang jika saya mampu melangkah menjadi pemimpin yang kuat, berpengaruh dan otentik bagi masyarakat dan negara, saya akan (menjadi presiden),” kata figura berusia 44 tahun itu dipetik sebuah portal online.
Susulan itu, Dwayne memberitahu bahawa beliau kini akan lebih serius untuk mempertimbangkan usaha ke peringkat pencalonan sebagai presiden.
“Aku benar-benar serius mempertimbangkannya sekarang. Ya!” ujarnya ketika menjadi tetamu dalam program bual bicara, Ellen DeGeneres Show.
Meskipun Dwayne masih belum tersenarai secara rasmi sebagai calon namun figura ini sudah pun mempunyai ramai penyokong termasuklah rakan-rakan artis sendiri antaranya, Kevin Hart.
Menurut Kevin, sekiranya hero filem San Andreas ini berjaya merebut ‘kerusi’ berkenaan maka beliau sama sekali tidak teragak-agak untuk memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pelakon berkenaan.
“Jika dia berjaya menempatkan diri di posisi itu, dia akan mendapat sokongan penuh dari saya. Saya tahu dimana hatinya. Saya benar-benar mengenalinya.
“Jadi, saya tahu jika dia meletakkan dirinya di posisi itu, itu untuk kebaikan orang-orang. Saya hanya akan bertepuk tangan dan memberikan sokongan untuk itu,” kata Kevin.
Sementara itu memetik sumber, berdasarkan hasil polling dibuat pada musim panas lalu, ternyata figura berbadan sasa ini menjadi sebutan ramai dan dianggap begitu layak ganti presiden Donald Trump.
Kalau ini terjadi bermakna, selepas Arnold Schwarzenegger yang pernah menjadi Gabenor California, pasti dunia politik Amerika lebih meriah bila artis menukar kerjaya sebagai ahli politik pula!
Apa nak buat bila kita dimalukan?
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud berasa aib (hina, rendah diri dan lain-lain) kerana membuat sesuatu yang salah atau yang tidak sopan di mana orang lain berasa tidak senang.
Biasa, kalau dah kena ejek, kita mesti menangiskan. Silap-silap boleh bertumbuk jadinya sebab nak cover balik malu.
Tapi bagaimana dengan seorang Presiden yang dimalukan? Nak menyorokkan muka di mana? Nak letak bawah selimut, nanti orang cakap pengecut. Tak pergi sekolah macam sesetengah pelajar buat, dah tua sangat dan sekolah pun tak terima dah.
Paling senang, buli baliklah orang yang malukan kita sebab nak cover malu. Inilah yang terjadi dalam kes Presiden Donald Trump kerana menerusi Duta Besar AS ke PBB, Nikki Haley, dia menyatakan Amerika akan tetap memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Duta besar ini membuat pengumuman selepas bengang kerana 128 buah negara termasuk Malaysia menyokong resolusi PBB yang tidak perakui Baitulmaqdis sebagai ibu kota rasmi rejim Zionis seperti yang diumumkan oleh Trump pada 6 Disember lalu.
Kata Duta Besar yang cuba mengugut anggota PBB sebelum undian dilakukan dengan berkata, dia memantau mana-mana negara yang menyokong termasuk mengugut akan menghantar nama kepada Presiden Amerika, Donald Trump nyata tidak menakutkan mana-mana negara yang membantah kuasa veto yang cuba digunakan oleh Amerika bagi menekan negara lain supaya menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu diadakan bagi menggesa Washington DC menggugurkan keputusannya untuk mengiktiraf bandar purba tersebut sebagai ibu negara haram rejim Yahudi.
“Amerika akan mengingati hari ini (keputusan menolak undian ini). Amerika akan tetap menempatkan kedutaannya di Baitulmaqdis. Tidak ada suara PBB yang akan membuat perbezaan ini.
“Tetapi pungutan suara ini akan menjadi perbezaan dalam bagaimana Amerika melihat PBB dan bagaimana kami melihat negara yang tidak menghormati kami di PBB,” kata Nikki Haley lagi.
Katanya lagi, AS telah bermurah hati dalam memberikan pelbagai bantuan kepada PBB. Kami juga berharap niat kami diakui dan dihormati, tambah Haley lagi.
128 negara tolak
Semalam, sejumlah 128 negara tidak mempedulikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump apabila mengundi untuk menolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu negara haram Israel.
Dalam undian ini, 128 menyokong, 35 negara berkecuali dan 21 lagi negara tidak mengundi dalam proses pengundian yang kemudian disahkan pada pukul 12.13 tengah hari Khamis waktu New York (bersamaan 1.13 pagi Jumaat waktu Malaysia).
Sebelum undian itu dilakukan, Trump telah menggunakan taktik kotor dengan mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara-negara yang mengundi menyokong resolusi itu.
Nampaknya taktiknya tak menjadi dan secara tak langsung memberi malu kepada Amerika yang beriya-iaya mahu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Isreal.
Doa 1.6 bilion umat Islam didengari
Sehari selepas Trump menandatangani surat perjanjian 6 Disember lalu, boleh dikatakan banyak negara membantah tindakannya itu. Malah Trump sendiri berperang dengan 1.6 bilion umat Islam di seluruh dunia.
Timbul juga isu memboikot produk Amerika dan Isreal dan antara yang disebut ialah Starbucks dan banyak lagi.
Nyata kuasa doa adalah senjata akhir umat islam yang tentu tak mampu melawan Trump yang disifatkan sebagai Presiden yang paling teruk dipilih rakyat Amerika.
Sumber :MYNEWSHUB & KOMPAS.COM