Seorang pelajar berbangsa India tidak menjadikan bukan beragama Islam sebagai penghalang buatnya untuk berjaya dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Sai Easwaran ini mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran elektif bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
“Saya baru terima keputusan SPM. Syukur, saya dapat 9A dan A+ Tasawwur Islam. Rancangan yang dipaparkan TV3 telah membantu saya mempelajari lebih dalam tentang Islam,” tulis Sai.
Menurut perkongsian personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter nya, dia terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.
Pelajar India yang selalu dm tanya-tanya soalan berkaitan Jejak Rasul, cemerlang dalam #SPM2020 👍👍
Tasawwur Islam pun dapat A+ 😊 pic.twitter.com/rPHDlvthI2
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 10, 2021
Menurut pengacara program Jejak Rasul ini lagi, pelajar ini juga rajin bertanya melalui direct massanger (DM) berkaitan program ilmiah jejak rasul dan menimba ilmu pengetahuan terutama mengenai Islam.
“Saya berhutang budi kepada semua, rancangan yang sangat bermaklumat dan para penyampai yang memiliki pengetahuan luas. Terima kasih kepada abang juga, semoga sentiasa dirahmati. Amin,” luahnya.
Malah, Fedtri mendedahkan pelajar itu juga sedang melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun tahu dirinya bukan beragama Islam.
Moga menjadi asbab hidayah 🤲 pic.twitter.com/HPNyZv56tH
— Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 10, 2021
Rata-Rata Netizen Teruja Dan Bangga
Kisah Sai ini mendapat perhatian warganet, rata-rata memuji kegigihan pelajar ini menimba ilmu tidak kira dimana saja, tak kurang juga yang memuji content rancangan Jejak Rasul yang menarik.
Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Bagusnya pelajar ini, tak malu bertanya untuk mendapatkan ilmu. Moga terus berjaya dan capai impian ke menara gading!
Sumber: Twitter @fedtriyahya