Seorang pelajar berbangsa India tidak menjadikan bukan beragama Islam sebagai penghalang buatnya untuk berjaya dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Inilah dibuktikan oleh seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Sai Easwaran ini mengambil subjek Tasawwur Islam sebagai mata pelajaran elektif bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
Menurut perkongsian personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter nya, dia terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.
Menurut pengacara program Jejak Rasul ini lagi, pelajar ini juga rajin bertanya melalui direct massanger (DM) berkaitan program ilmiah jejak rasul dan menimba ilmu pengetahuan terutama mengenai Islam.
Malah, Fedtri mendedahkan pelajar itu juga sedang melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun tahu dirinya bukan beragama Islam.
Rata-Rata Netizen Teruja Dan Bangga
Kisah Sai ini mendapat perhatian warganet, rata-rata memuji kegigihan pelajar ini menimba ilmu tidak kira dimana saja, tak kurang juga yang memuji content rancangan Jejak Rasul yang menarik.
Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. Bagusnya pelajar ini, tak malu bertanya untuk mendapatkan ilmu. Moga terus berjaya dan capai impian ke menara gading!
Sumber: Twitter @fedtriyahya