Netizen Turut Berduka, Ucap Takziah Atas Pemergian Nora Anne Quoirin

Share

Kehilangan Nora Anne Quoirin terjawab apabila mayatnya ditemui di kawasan air terjun, 2 kilometer daripada tempat remaja tersebut hilang disahkan oleh pihak berkuasa.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tentu individu yang paling sedih ketika ini adalah ibu bapa Nora sendiri yang mengharapkan anak gadis mereka itu dapat pulang dengan selamat di pangkuan keluarga.

Namun begitu, turut berduka dengan berita tersebut adalah netizen. Ternyata ramai yang memberikan ucapan takziah buat keluarga Nora.

Untuk pengetahuan, Nora mula disedari hilang dari bilik penginapannya di The Dusun, Negeri Sembilan pada 4 Ogos lalu namun tiada tanda jenayah dikesan.

Sejak itu juga, turut trending di laman Twitter tanda pagar Nora Quoirin apabila netizen memohon agar orang ramai dapat membantu mencari remaja malang itu.

Pada 11 Ogos, polis melancarkan hotline bagi memudahkan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Keesokan harinya iaitu 12 Ogos, keluarga Nora menawarkan Tawaran wang ringgit sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang boleh membantu memberi maklumat berkaitan dengan Nora bagaimanapun, mayat Nora ditemui pada 13 Ogos, 2 KM daripada resort penginapannya.

Published by
Khaleeda