Kalau dua hari lalu, netizen tidak putus-putus mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-94 kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini, mereka buat perkara yang sama kepada first lady Malaysia
, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Tanggal 12 Julai menyaksikan beliau genap usianya 93 tahun.
Susulan itu, netizen juga mengambil kesempatan ini untuk memberikan mesej hari lahir buat beliau.
Selain itu, beliau juga masih lagi kekal bertenaga dan cergas di kala usia ini malah sering kali kelihatan menemankan suaminya untuk majlis-majlis rasmi bersama.
Dalam satu temu bualnya bersama Awani, beliau pernah berkongsi enam tip bagaimana untuk ‘kekal muda’.
Makan Makanan Yang Sihat
Rehat Yang Cukup
Bersenam
Lakukan Aktiviti Kegemaran Masa Lapang
Bergaul Dengan Rakan
Sokongan Keluarga Terutama Anak-Anak