Walaupun dulu tampil dengan imej nerdy, tapi dia yang lebih laku tau!
Pelakon dari Britain, Matthew Lewis yang popular dengan watak Neville Longbottom di dalam siri francais Harry Potter telah selamat berkahwin dengan isteri pilihannya, Angela Jones.
Walaupun foto di majlis perkahwinan mereka hanya tersebar pada hujung minggu lalu, namun majlis sebenar di Itali telahpun berlangsung pada 25 Mei 2018. Hmm,
pelik juga berkahwin pada hari Jumaat..
Matthew dan Angela mula dikhabarkan mula berkenalan pada Januari 2016 dan ia disebabkan oleh – guess what – filem Harry Potter juga! Pada waktu itu, mereka bertemu di majlis meraikan taman tema Wizarding World of Harry Potter di Orlando Florida dan Angela masih bekerja di taman tema tersebut pada waktu tersebut.
Sejak itu, pasangan sama tinggi ini mula berkenalan dan tempoh mengenal hati budi itu tak berpanjangan kerana hanya 4 bulan selepas itu, mereka terus bertunang di Menara Eiffel, Perancis. Haa kan senang, tak perlu gosip lama-lama.
Bagi korang yang tertanya-tanya sama ada pelakon Harry Potter lain seperti Daniel Radcliffe dan Emma Watson turut serta di dalam majlis ini, jawapan adalah tidak. Agaknya Matthew hanya ingin mengadakan majlis kecil-kecilan yang dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat saja. Nanti mereka overshadow
pula kan, hehe..Walaupun majlis perkahwinan Matthew dan Angela berlangsung sederhana namun ia memang romantik pada pandangan kami! Iyalah, dekat Itali pula tu, sah-sah background untuk bergambar ada di merata tempat.
Congrats you both!
Harry, Hermione dan Ron, bila pula?