‘New Venue’, MUSE Pilih Stadium Nasional Bukit Jalil Hiburkan Peminat 29 Julai Ini

Share

Tiket konsert siri jelajah dunia band rock popular England, Muse yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi persinggahan di rantau Asia pada 29 Julai depan, mula dijual hari ini.

Penganjurnya, Hello Universe mengumumkan Konsert Will of The People akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

ARTIKEL BERKAITAN: Jadual Konsert Julai Di Malaysia Makin Padat, MUSE Pula Sah Datang Ke KL!

Menerusi kenyataan media, Hello Universe berkata, pertukaran lokasi berikutan kemudahan terkini dan kapasiti besar, sekali gus memberikan keselesaan kepada peminat.

Justeru itu, peminat kumpulan tersebut boleh mengharapkan pengalaman menyeronokkan di salah satu lokasi ikonik di rantau ini.

Bagi pemegang tiket sedia ada, tiket yang dikemaskini dengan maklumat lokasi baharu akan dihantar menerusi e-mel ke akaun berdaftar pembeli.

Mereka akan dapat menggunakan tiket baharu ini untuk masuk ke acara di lokasi baharu. Lokasi tiket untuk zon A, B dan C kekal sama.

Susunan tempat duduk untuk zon lain akan diselaraskan untuk menyesuaikan penonton di lokasi baharu, selain tempat duduk juga ditetapkan tempat baharu.

Tiket Konsert Will of The People boleh didapati menerusi laman sesawang  www.ticket2u.com.my, jam 11 pagi.

Muse yang popular menerusi lagu Supermassive Black Hole, Starlight dan Time Is Running Out itu pernah mengadakan konsert sulung di Stadium Negara pada 2007.

Kali terakhir kumpulan dianggotai oleh Matthew Bellamy, Chrisopher Wolstenholme dan Dominic Howard itu mengadakan persembahan di Asia pada 2019 menerusi acara Singapore Grand Prix yang juga sebahagian dari siri jelajah Konsert Simulation Theory.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath