Resipi Acar Timun Jepun dari Chef Dave ini memang trending dan sedang tular di media sosial. Nampak menggiurkan sangat! 

‘Next Level’ Kan Acar Timun Guna Bahan Rahsia Ini, Dijamin Rangup Krup Krap!

Buat makluman, Chef Dave merupakan seorang tukang masak yang popular dengan masakan vegan, sihat dan tidak lokek ilmu untuk berkongsi resipinya di laman TikTok, Instagram serta Facebook.

Bahan untuk membuatnya pun ringkas dan mudah sekali! Jom kita lihat resipi dari perkongsian chef ini.

RESIPI ACAR TIMUN JEPUN GUNA SPRITE

Ads

Bahan-bahan: 

  • 1 batang timun jepun – dihiris panjang
  • 1 biji lemon – dipotong
  • 2-3 batang cili padi – boleh tambah ikut selera masing-masing
  • 1 tin Sprite
  • Gula
  • Garam

‘Next Level’ Kan Acar Timun Guna Bahan Rahsia Ini, Dijamin Rangup Krup Krap!

Cara membuatnya:

Ads
  1. Basuh bersih timun tersebut dan kemudian potong sedikit kedua-dua hujung timun agar mudah untuk menghiris panjang.
  2. Selepas siap dihiris, potong pula buah lemon untuk diperapkan bersama timun.
  3. Susun cantik-cantik timun dan lemon yang sudah dihiris tadi ke dalam bekas kaca.
  4. Masukkan cili yang sudah dipotong dan taburkan di atasnya.
  5. Masukkan pula air Sprite. Tutup bekas tadi dan kemudian simpan di dalam peti sejuk. Perapkan ia kira-kira 3-4 jam untuk tempoh matang.
  6. Bila sudah diperap, sudah siap dan boleh dihidang!

Mudah sahaja kan! Susun dalam bekas, perap beberapa jam dan boleh dimakan ratah macam tu. Terasa tekstur sedapnya yang pedas, manis, masam dan rangup timun tu. Fuhh!

Selamat mencuba!

Ads

BACA LAGI: Tak Kisah Dilabel Kolot, Cikgu Tari Tular FAREES ASRI Pertahankan Seni Budaya Menerusi Lensa Media Sosial – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IHSAN FOTO/ARTIKEL: Tiktok Chef Dave

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI