Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.
Pasti ramai sukakan alatan memasak yang memudahkan dan cepat iaitu periuk tekanan atau lebih dikenali sebagai pressure cooker. Kebaikan utama periuk ini pasti ramai tahu ianya dapat menjimatkan masa memasak. Tetapi, tak semua orang tahu bahawa pressure cooker adalah amat bahaya jika tidak tahu penggunaannya yang betul seperti yang dialami oleh lekaki ini.
Baru-baru ini, perkongsian melalui salah satu group di laman Facebook iaitu Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) itu mendapat perhatian ramai suami dan bakal suami diluar sana.
Shah Shahrolnizam turut memuat naik gambar kecederaannya yang dialami ketika itu.
Ads
Ads
Assalamualaikum semua SMAHI
Ni saya nk cerita sikit. Benda ni terjadi pada tahun lepas. 3bulan sebelum majlis nikah saya. Terjadi pada bulan 8 (26/08/19) jam 10:35am. Waktu tu saya tengah siapkan oder catering utk 40pax di cafeteria saya di bangsar. Nak setup catering pkul 11pagi. Jadi keadaan semakin singkat. Agak sedikit rushing disitu. nak dijadikan cerita, saya baru beli Pressure Cooker. Di manual book tulis, after bunyi “wisel” boleh bukak. Maknanya dah settle lah masak. Ohh saya rebus daging waktu tu. Lupa nak cakap. After wisel bunyi, saya still lagi tarik button wisel tu utk keluarkan pressure dalam tu.
Then lepas dah sette tarik button tu angin xklur lagi so dah xde pressure lah kan. Pastu saya bukak, bukak punya bukak. Cubaan utk bukak gagal. Dan saya paksa bukak. Paksa punya paksa. BOOMB!! Pressure Cooker tadi meletup. Dan hasil letupan tadi jadi lah mcm ni. Saya mcm org kena simbah asid. Hanya tuhan je yang tahu keadaan saya masa tu. . Syukur Alhamdulillah kehadrat illahi, saya sempat dikejarkan ke Klinik berhampiran. Keadaan agak panik waktu tu, saya just sempat cuci muka je masa tu. Dan terus ke Klinik.
Ads
P/s: for those yang tak pernah guna pressure cooker atau yang nk beli pressure cooker pastikan ada tahu cara guna dan berhati2 ketika menggunakannya. Para perjuang senduk kuali di dapur. Hati2 lah ketika menjalankan tugas. Pakailah pakaian yang sesuai. Anda yang menjalankan tugas anda yang tahu mengendalikannya. Buat para2 SUAMI @ bakal suami di luar sana. Pesan lah pada kaum keluarga anda dan perhatikan anak2 anda dan jauhkan dari anak anda. Ingat kawan2, ini bukan kemalangan. Ini rezeki allah bagi. . Hat mana yang tak tau pressure cooker tu apa.
Perkongsian ini mendapat lebih 5k tanda suka, pemuda ini memohon orang ramai supaya berhati-hati ketika menggunakan periuk pressure cooker. Ternyata ini bukanlah kes pertama melibatkan pressure cooker.
Ngeri pula penulis, so korang yang guna pressure cooker tu hati-hati ye…
Jika beberapa bulan lalu negara kita dilanda musim 'sejuk' kerana mengalami hujan lebat hampir di seluruh negeri, kini Malaysia berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.
Menurut berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.
Menjelang Februari pula, situasi sama turut melanda Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah.
Hm, patutlah sekarang nak tidur waktu malam pun dah rasa bahangnya tu.
MET Malaysia menerima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan.
Korang juga dinasihatkan untuk berjimat cermat dalam penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar serta tidak melakukan pembakaran terbuka dan paling penting, minum air yang secukupnya.
Jika tidak mempunyai sebarang aktiviti luar, elakkan daripada kerap berada di luar rumah atau bangunan. Be safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa minggu lalu dunia sukan asia digemparkan dengan kisah transisi gender seorang bekas pemain bola tampar wanita kebangsaan Indonesia, Aprilia Santini Manganang yang telah disahkan sebagai seorang lelaki susulan keadaan kongenital yang jarang berlaku yang dikenali dengan nama Hipospadia
Kini Mahkamah daerah Tandano di wilayah Sulawesi Utara telah memutuskan permohonan yang dibuat oleh Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang untuk menukar namanya kepada nama lelaki diluluskan. Nama baru yang dipilihnya ialah Aprilio Perkasa Manganang.
Keputusan itu telah diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube. Dalam laporan Tribun News, menariknya nama tersebut telah diberikan oleh isteri kepada ketuanya, Diah Erwiany yang merupakan isteri kepada Kepala Staf Angkatan Darat (KSAD) Andika Perkasa.
Ketika menyampaikan nama baru itu kepada Aprilia, Diah tidak dapat menahan tangisan kerana nama yang diberikan itu seolah-olah doa tulus dari hatinya sebagai seorang ibu. Dia juga meminta suaminya untuk mendidik Aprilia menjadi lelaki yang bertanggungjawab sesuai dengan jantina barunya itu.
Kini dikenali sepenuhnya dengan nama Aprilio Perkasa Manganang, jejaka berusia 28 tahun ini sudah boleh tersenyum dengan jantina barunya yang sepadan dengan fizikal dan susuk tubuhnya yang kekar.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober depan. Justeru itu, remaja berusia 18 tahun ke bawah dikatakan bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula minggu hadapan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, inisiatif ini akan dimulakan di Sarawak susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasa divaksin.
Jelas beliau lagi, tetapan sasaran bagi remaja yang divaksin akan dibuat berdasarkan jumlah bekalan vaksin yang diterima.
“Saya berharap, lebih ramai golongan remaja mendapat vaksinasi dalam tempoh 100 hari akan datang. “Kita mahu, apabila bermulanya penggal persekolahan baharu pada tahun hadapan, semua remaja telah melengkapkan suntikan vaksin mereka,” katanya.
Untuk rekod, setakat ini, kerajaan hanya meluluskan penggunaan vaksin jenis Pfizer-BioNTech buat remaja berusia 12 ke 17 tahun.
Mengulas berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, ujar beliau, perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Walau bagaimanapun, susulan berkenaan langkah untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah pada Oktober hadapan selagi pelajar belum lengkap divaksinasi, Khairy menjelaskan perkara berkenaan akan dibincangkan bersama Kementerian Pendidikan.
Apa-apa pun kita doakan agar inisiatif yang dilakukan ini berjalan lancar dan penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan agar pelajar lebih rasa selamat untuk pulang semula ke sekolah.
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...