Ngeri…Bayi Putus Tangan Digigit Anjing Peliharaan. Kenali 5 Jenis Anjing Yang Merbahaya

Share

Demam kuning dalam kalangan bayi yang baru lahir adalah perkara yang biasa, namun ada juga bayi yang tidak mengalami masalah kekuningan selepas dilahirkan.

Banyak petua yang telah diamalkan supaya masalah demam kuning ini boleh dipulihkan.

Namun malang tidak berbau, apabila baru-baru ini seorang bayi perempuan yang baharu berusia tujuh hari putus tangan kanan selepas digigit anjing peliharaan ahli keluarganya.

Kejadian berlaku ketika bayi yang berada dibawah jagaan ibu saudaranya ditinggalkan sebentar di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah sementara wanita itu meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan awal mendapati bayi itu diletakkan di ruang tamu berkenaan dengan tujuan mendedahkannya kepada cahaya matahari bagi tujuan mengurangkan masalah penyakit jaundis (demam kuning) yang dihadapi.

“Ketika kejadian, bayi tersebut baru sahaja diberi susu oleh ibu bayi dan kemudian dibantu jaga oleh ‘mak cik’ (ibu saudara) bayi untuk memandikan bayi tersebut yang mana ibu bayi masih berpantang dan ditemani oleh suaminya berehat di tingkat atas.

“Kemudian ‘mak cik’ bayi itu telah meletakkan bayi di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat bagi menjemur bayi dan meninggalkannya seketika bagi mengambil air panas untuk memandikan bayi sebelum kembali semula ke arahnya dalam masa singkat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

5 Jenis Anjing Peliharaan Yang Ganas

1. Anjing Caucasian Ovcharka

Jenis anjing yang sangat kuat dan berani . Pada mulanya anjing ini dipelihara sebagai melindungi ternakan, Caucasian jenis setia dengan tuannya. Tetapi sekirannya anjing ini tidak dilatih, ia akan menjadi lebih ganas.

2. Pitbull

Pibull dianggap anjing paling berbahaya di Amerika Syarikat. Anjing ini mempunyai rahang dan gigitan yang sangat kuat dan terkenal dengan tidak mudah melepaskan gigitan.

Daripada banyak jenis anjing berbahaya, Pitbull adalah anjing yang paling terkenal kerana agresif mereka. Banyak kes serangan yang disebabkan oleh anjing jenis ini yang boleh membawa kecederaan dan kematian.

Oleh itu, anjing jenis ini mestilah dilatih dan dijinakkan dahulu dari usia muda bagi mengelakkan kemungkinan tingkah laku agresif akan berlaku.

3. Great Danes

Anjing ini lebih dikenali sebagai dogge Jerman kerana saiznya yang sangat besar. Untuk pengetahuan anda, pemegang rekod anjing paling tinggi di dunia ialah anjing yang dipanggil sebagai Zeus jenis anjing Great Danes. Berukuran 111.8 cm dari kakinya sehingga bahunya. Tengok gambar di bawah ini..

Anjing ini boleh menjadi haiwan peliharaan sekirannya dijaga dengan baik. Anjing ini juga termasuk di antara kelompok anjing yang sangat emosional dan sensitif.

4. Alaskan Malamutes

Malamut Alaska atau malamut ialah satu baka anjing yang besar pada asalnya dibiakbakakan untuk kegunaan pemunggahan muatan berat kerana kekuatan dan ketahanannya.

Selain itu, para rupa anjing yang comel ini menjadi tarikan penduduk di Alaskan untuk memeliharanya. Namun begitu,anjing ini sangat berbahaya jika tidak dikawal dengan baik. Berat anjing ini boleh mencapai lebih 50kg, cuba bayangkan jika anjing ini berada di atas badan anda.

5. Siberian Husky

.

Anjing jenis baka serigala ini sangat jinak dan setia pada tuannya. Tetapi anda kena ingat sifat ganas dari serigala dahulu masih ada dalam darah daging anjing ini.

Walau pun begitu, wajah anjing ini sangat comel dan boleh berubah-ubah menjadi marah, hairan, manja dan comel.

Published by
Ruziana Zainal