Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.
Itulah terjadi pada ALEEMA Ali,16, tidak menyangka keinginan untuk membuang kutu pada kepala dengan memakai syampu khas bagi membuang binatang berkenaan pada kepala akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya, lebih menyedihkan dia terpaksa menjadi cacat sepanjang hayat.
Remaja yang berasal dari Bradford, England ini perlu menunggu kira-kira 10 minit sebelum membersihkan kepala dan ketika itu dia melangkah ke dapur untuk membuang sampah.
Gambar hiasan
Namun siapa sangka langkahnya ke dapur itu menyebabkan dia yang ketika itu berusia 12 tahun dan dilahirkan normal bertukar menjadi cacat seumur hidup selepas api menyambar ke arah rambut dan sebahagian badannya.
Keadaan itu menyebabkan 55 peratus badannya melecur sekali gus menyebabkan mukanya, rambut, lengan peha, dada terbakar. Lebih menyedihkan hanya tiga jari mampu ‘beroperasi’ dengan sempurna, manakala tujuh lagi tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian itu dia terus dikejarkan ke hospital dan koma selama dua bulan. Remaja malang ini juga menerima rawatan di Hospital NHS dan menjalani lebih 100 kali pembedahan plastik bagi memulihkan anggota badan termasuk wajahnya.
Namun, semangat untuk terus berjaya walaupun kini mengalami kecacatan kekal. ALEEMA Ali bangkit meneruskan kehidupan dan semakin tampil berani di khalayak ramai termasuk melakukan tutorial solekan di media sosial.
.
Terbaru, Aleema tampil dalam aplikasi TikTok untuk melakukan tutorial solekan.
Kongsinya yang kini melanjutkan pengajian peringkat A-Level di sebuah kolej di Yorkshire, sepanjang berada di hospital dia menerima sokongan daripada semua pihak termasuk ahli keluarganya sendiri walaupun sebelum ini pernah berputus asa dengan kehidupan yang dilalui.
Kuat betul semangat remaja ini. kalau jadi dekat penulis tak tahu la…huhu…Semoga Aleema terus kuat dan bangkit meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan berjaya dalam dalam kerjaya!