Ngeri Tengok, Wanita Ini Habis Ribuan Ringgit Demi ‘Title’ Bibir Terbesar Di Dunia

Share

Betul la orang cakap cantik itu subjektif.

Bibir yang mungil dan seksi memang menjadi idaman semua. Tapi wanita berusia 22 tahun ini mempunyai impian yang pelik iaitu untuk mendapatkan bibir yang paling besar di dunia dan dirinya tidak akan berhenti selagi impiannya tidak tercapai.

Pada 28 April 2020, Andrea telah membuat suntikan asid hyaluronik yang ke-20 pada bibirnya, saiz bibir wanita Bulgaria menjadi dua kali ganda saiz bibirnya yang sebelum ini.

Andrea menjadi taksub untuk membesarkan bibir, pada tahun 2018 Andrea membuat suntikan pertama untuk membesarkan bibirnya dan sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk melakukan suntikan tersebut.

Dan pada bulan Disember 2018, bibir Andrea telah mencapai saiz empat kali ganda dari saiz bibir normal tetapi dirinya menyatakan itu tidak cukup lagi.

Maka dari tahun 2018 sehinggalah pada April, 2020 Andrea masih membuat suntikan di bibir, meski ada sesetengah doktor kosmetik telah menasihati Andrea bahawa dirinya tidak perlu membuat suntikan pada bibir lagi.

Namun, demi gelaran untuk mendapatkan bibir terbesar di dunia, Andrea sanggup menyuntik bibirnya berkali-kali sehingga dirinya puas.

Menurut wanita Bulgaria ini dirinya telah menghabiskan sebanyak €2,600 atau RM12,242 untuk ke semua perbelanjaan suntikan bibir yang dilakukannya.

Bagi Andrea saiz bibir besar adalah yang terbaik dalam hidupnya dan nampak gaya macam Andrea akan teruskan menyuntik bibirnya sehingga menjadi saiz idaman yang dirinya mahukan. Dengan berpegang pada konsep ‘bigger is better’ dan ‘sayangi bibir’, Andrea akan teruskan misi membesarkan bibir sampai dirinya puas.

Ish…ni macam dah ‘sakit’ je bunyi wanita ni. Kalau korang teringin tak bibir mungil macam ni.

Published by
Nana