
Sejak arahan PKP dilaksanakan dan kini Malaysia sudah memasuki fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan kini akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Ramai dalam kalangan kita hilang dan terjejas mata pencarian kerana kini pergerakan terbatas demi untuk memutuskan rantaian Covid-19. Lagi-lagi buat peniaga kecil dan lokal.
Ini merupakan berita baik untuk semua peniaga lokal, Maybank kini telah hadir dengan sebuah kempen khas, dinamakan sebagai Sama-Sama Lokal. Melaluinya, Maybank menghimpunkan pelbagai kedai makan setempat, sekaligus memudahkan para pengguna membuat tempahan makanan melalui mereka.
Maybank menggunakan penawaran teknologi asas sahaja untuk tujuan ini – memandangkan kekangan teknologi yang dihadapi oleh pekedai kecil atau pemilik warung makanan, dan sebagainya.
Melalui halaman ringkas yang disediakan, pengguna boleh menyemak kedai makan, memilih menu makanan, dan membuat tempahan terus menggunakan WhatsApp. Seterusnya, pengguna turut boleh membuat pembayaran menggunakan khidmat bank atas-talian atau Maybank QRPay.
Menariknya, Maybank meliputi bayaran penghantaran sehingga 10km, dan untuk setiap kilometer tambahan, pengguna akan dicaj sebanyak RM1.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai-kedai dibawah inisiatif Sama-Sama Lokal melalui laman rasmi Maybank hari ini.
So jom kita support perniaga lokal kita, kalau kita tak tolong siapa lagi nak tolong mereka.
Sumber : Maybank
Raih Kejayaan Bersama, Enam Sahabat Berjaya Merangkul Anugerah Naib Canselor

SAHABAT adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan. Lagi manis apabila kita dapat mencapai kejayaan bersama-sama sahabat.
ARTIKEL BERKAITAN :Anak Orang Asli Cipta Sejarah, Genggam Ijazah Kelas Pertama Universiti Terkemuka Dunia
Begitulah kisah enam sahabat ini yang berjaya menamatkan pengajian dengan meraih Anugerah Naib Canselor (ANC) sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM), minggu lalu.

Menurut Ahmad Lukman Rusli, dia dan lima lagi sahabatnya iaitu Nur Shazwani Ahajani, Nurul Khalidah Khalid, Shahrul Hakem Mohamed Shahrom, Anis Farieda Sharudin dan Siti Nur Arifah Ibrahim merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Pengurusan Perladangan.
“Kami mula berkenalan ketika mengikuti pengajian peringkat diploma di kampus UiTM Jasin, Melaka pada 2015. Persahabatan menjadi akrab sehingga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah.
“Ketika awal-awal menjadi rakan sekuliah lagi, kami berenam senang antara satu sama lain dan daripada situ, kami bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk meraih Anugerah Naib Canselor.
“Bermula dengan tekad tersebut, kami berpegang teguh untuk berjaya bersama-sama atau berkumpulan, bukan hanya individu yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing sahaja.
“Lagipun, nampak manisnya pengakhiran perjalanan kita sebagai seorang penuntut apabila kecapi kejayaan bersama rakan-rakan,” ujar pemuda berusia 25 tahun ini.
Belajar Berkumpulan
Bercerita mengenai kaedah pembelajaran yang diamalkan bersama rakan-rakannya, pemuda yang senang disapa sebagai Lukman ini berkata, mereka lebih gemar mengulangkaji bersama-sama agar dapat bertukar idea dan buah fikiran.
“Cara kami, sentiasa amalkan belajar berkumpulan supaya kita dapat mendengar pendapat setiap orang. Perbezaan pendapat itulah kita gunakan sebagai satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan.
“Memang terbiasa untuk kami kongsi ilmu, idea, tip secara berkumpulan tanpa ada yang terpinggir. Takkan kita nak berjaya seorang diri kan? Selalunya kami gunakan medium grup WhatsApp.
“Ketika Covid-19 melanda pada 2020, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedikit sebanyak mengubah cara belajar kami.
“Ini kerana sebelum ini kami selalu berjumpa malah sampai pagi buat assignment bersama-sama. Apabila di rumah, komitmen masing-masing berbeza. Oleh itu kami cari satu masa yang semua orang free untuk belajar sama ada menerusi panggilan video atau Google Meet,” ujarnya yang berasal dari Negeri Sembilan.
Aktif Ko-kurikulum Bersama
Tambah Lukman, mereka berenam juga begitu aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sewaktu bergelar penuntut.
Lukman kini berkhidmat di Pejabat Risda di Kota Kinabalu, Sabah dan dalam masa yang sama sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains Teknologi Pengurusan Perladangan.
“Lima rakan saya yang lain juga kini semuanya sudah mempunyai karier masing-masing dalam sektor pertanian.
“Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada para pensyarah, rakan sekuliah dan ibu bapa yang sentiasa memberi semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Untuk adik-adik yang bakal menjadi graduan atau melangkah ke alam pekerjaan, guna ruang dan peluang yang ada. Fokus juga bidang ko-kurikulum sebab ia ada nilai tambah yang menjadikan kita graduan holistik.
“Akhir kata, ingat… tak ada yang mustahil kalau ada tekad dalam diri,” ujarnya lagi.
Moga kisah ini memberi semangat dan inspirasi buat sabahat diluar sana untuk capai kejayaan bersama-sama.
BACA LAGI : Anak Pemungut Sampah Dinobat Miss Universe Thailand 2022, Ketepikan Calon Pilihan Ramai
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Isteri Perlu Dilindungi Jiwa & Raga, Syahdunya Pesanan Ibu Mentua Mira Filzah Buat Anaknya

Semalam menjadi detik paling indah dalam hidup artis Mira Filzah apabila dengan sekali lafaz dirinya sah menjadi milik Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 tahun. Dikatakan wedding of the year, ramai menyukai pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri.
Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Emir dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik pada jam 8.58 malam.
Namun beberapa jam sebelum keduanya disatukan, ibu kepada Wan Emir iaitu Datin Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) menukil satu pesanan yang sangat syahdu khusus buat anaknya.
Ini pesanan mak mentua buat anaknya, Emir
Sebak juga baca. Jika ramai ibu mentua sebegini pasti ramai gadis berbahagia. Dan pastinya Mira Filzah sangat beruntung kerana dapat mak mentua yang sangat baik.
Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah , Arwah Papa sering mengingatkan Ibu betapa Arwah Papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana kata nya kebahgiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin. Arwah Papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama2 katanya. Dan Arwah Papa nak buat pelamin Emir dengan rekabentuk nya sendiri. Seperti juga yg Arwah Papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. Ibu ingat segala bait2 perbualan2 Arwah Papa dan Ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu . Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan Arwah Papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT.
Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu di sayangi dan di lindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap Suami. Berbahagialah dan Berbahagialah hingga ke Jannah.
Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love Arwah Papa very much. How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime
Di hari ia melahirkan cintanya
Ia berkata kepada kekasihnya
“Kita tidak usah berjanji untuk setia
kerana kita tidak mahu setia kerana janji
kita akan setia kerana cinta
hanya kerana cinta…”
#demicintasebuahperjuangan
Sumber : FB Datin Mastura
Telefon Bimbit Kena Curi, Mekyun Siap Bawa Polis Kesan Lokasi. Akhirnya Tertangkap!

Telefon bimbit kini merupakan satu perkara penting bagi setiap individu. Bukan sekadar gajet semata-mata, sebaliknya alat elektronik tersebut mampu memduahkan kerja harian selain kegunaannya untuk menyiapkan tugasan.
Terbaru, pempengaruh media sosial terkenal, Mekyun berkongsi di ruangan Instastory mengenai telefon bimbitnya yang dicuri tiga hari lepas.
Kini untuk mencuri sesebuah telefon bukanlah mudah sebenarnya, kebanyakan telefon bimbit sudah dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih sehingga gajet tersebut boleh dikesan biarpun tidak dihidupkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Terima Anugerah Naib Canselor, Kini Dipilih Hiasi Billboard UTHM. Mekyun Lambang Gadis Cemerlang
Kongsi Mekyun dalam hantaran tersebut, “Telefon Mekyun kena curi tiga hari lalu. Semalam dapat kesan lokasi. Memang silap orang la dia nak curi telefon. Terus bagi bali telefon Mekyun selepas itu.”

Dalam perkongsian itu dapat dilihat, Mekyun bersama dua anggota polis tiba di hadapan sebuah rumah teres berpagar hitam untuk mendapatkan kembali telefonnya daripada si pencuri.
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tambahnya lagi, “Jadi lain kali, fikirlah dua kali sebelum awak nak curi telefon orang okay?”

Mekyun juga berterima kasih kepada keluarganya kerana banyak membantu mengesan telefonnya yang hilang itu. Tulisnya, “Terima kasih kepada keluarga saya terutamanya ibu dan ayah kerana berada bersama dengan saya sepanjang siasatan.”
Walau bagaimana pun tidak dinyatakan, sama ada pelaku tersebut dibawa ke balai polis atau pun tidak. Semoga si pelaku mendapat pengajaran agar tidak melakukan perbuatan mencuri lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.