Niat Bantu Pekedai Kecil Dan Warung Makanan, Maybank Tawar Penghantaran Percuma

Share

Sejak arahan PKP dilaksanakan dan kini Malaysia sudah memasuki fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan kini akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Ramai dalam kalangan kita hilang dan terjejas mata pencarian kerana kini pergerakan terbatas demi untuk memutuskan rantaian Covid-19. Lagi-lagi buat peniaga kecil dan lokal.

Ini merupakan berita baik untuk semua peniaga lokal, Maybank kini telah hadir dengan sebuah kempen khas, dinamakan sebagai Sama-Sama Lokal. Melaluinya, Maybank menghimpunkan pelbagai kedai makan setempat, sekaligus memudahkan para pengguna membuat tempahan makanan melalui mereka.

Maybank menggunakan penawaran teknologi asas sahaja untuk tujuan ini – memandangkan kekangan teknologi yang dihadapi oleh pekedai kecil atau pemilik warung makanan, dan sebagainya.

Melalui halaman ringkas yang disediakan, pengguna boleh menyemak kedai makan, memilih menu makanan, dan membuat tempahan terus menggunakan WhatsApp. Seterusnya, pengguna turut boleh membuat pembayaran menggunakan khidmat bank atas-talian atau Maybank QRPay.

Menariknya, Maybank meliputi bayaran penghantaran sehingga 10km, dan untuk setiap kilometer tambahan, pengguna akan dicaj sebanyak RM1.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai-kedai dibawah inisiatif Sama-Sama Lokal melalui laman rasmi Maybank hari ini.

So jom kita support perniaga lokal kita, kalau kita tak tolong siapa lagi nak tolong mereka.

Sumber : Maybank

Published by
Nana