Budaya kejut sahur atau pun dipanggil tradisi ketuk-ketuk masih diamalkan di beberapa negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Di Malaysia misalnya budaya ini masih diamalkan dibeberapa tempat terutamanya di kawasan-kawasan kampung.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di Indonesia apabila sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti kejut sahur disimbah air oleh seorang lelaki.
BACA JUGA: Akibat Rogol 13 Pelajar Perempuan, Pengasas Sekolah Tahfiz Dijatuhkan Hukuman Mati
Menerusi video yang tular itu, sekumpulan remaja lelaki sedang sibuk mengetuk gendang yang diperbuat dari tong sambil melaungkan perkataan sahur. Kejadian tersebut yang berlaku di lorong perumahan telah mengundang rasa kurang senang penduduk yang tinggal di situ.
Mengejutkan, salah seorang pemilik rumah tersebut telah meluru keluar dan menyimbah mereka dengan air. Dapat dilihat pemilik rumah tersebut memarahi remaja terbabit dan mempertikaikan perbuatan mereka yang telah membuat bising di hadapan rumahnya.
Setelah disimbah air, salah seorang dari remaja tersebut telah mengangkat troli yang membawa tong tersebut untuk beredar. Namun ada pula yang kekal mengetuk tanda tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
View this post on Instagram
Jadi dalam hal begini siapa yang salah sebenarnya?
Budaya sebegini sememangnya mengingatkan kita tentang kemeriahan dalam bulan Ramadan itu sendiri. Namun apabila ia dilakukan secara berlebihan sehingga menjadi ‘pencemaran bunyi’, pasti mengganggu keamanan awam.
Seeloknya dilakukan secara bersederhana dan jangan terlalu berhadapan dengan rumah sehingga menimbulkan rasa kurang senang. Mungkin di dalam rumah itu sendiri ada anak kecil ataupun mereka yang sakit. Jadi sentiasalah bertimbang rasa dalam apa jua yang dilakukan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.