Niat Jawab Soalan Matematik Tidak Kesampaian, Pelajar Temui Guru ‘Kaku’

Share

Ajal maut di tangan Allah taala. Tiada cepat sesaat atau terlewat seminit.  Besar pengorbanan seorang guru ini sehingga ada perumpamaan yang menjelaskan bahawa ‘Guru umpama lilin yang membakar diri’.

Seorang guru ditemui kaku tanpa nyawa oleh pelajarnya selepas tidak dapat menghubungi  telefon bimbit guru tersebut. 

Dalam kejadian menyayat hati itu, pelajar-pelajar tingkatan 5 SMK Ghabar Baba, Masjid Tanah Melaka  hairan apabila guru matematik mereka tidak memuat naik soalan sehingga jam 10 pagi yang mana sepatutnya mereka sedang menduduki ujian tersebut.

Lantas, salah seorang daripada mereka cuba menghubungi telefon bimbit guru mereka dan mendapati panggilan tidak berjawab sebelum beberapa guru rapat dengannya ke kediamannya di sebuah kampung di Lendu.

Allahyarham Cikgu Noazha Baba merupakan guru di SMK Ghabar Baba dan sudah 15 tahun berkhidmat sebagai seorang guru.

Difahamkan, isterinya memaklumkan Cikgu Noazha sememangnya sering ke rumah mereka di Taman Lendu Ilmu bagi menjalani Pengajaran & Pembelajaran dari Rumah (PdPR) sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, anggota polis menunggu Pembantu Perubatan Hospital Alor Gajah yang lengkap dengan peralatan perlindungan diri (PPE) memeriksa mayat mangsa sebelum membawanya ke hospital berkenaan.

Ucapan takziah Dan Al-Fatihah ( dengan bacaan) kepada guru berdedikasi ini.

 

Sumber : Harian Metro

 

Published by
Nana