“Niat Nak Sihat Tu Penting”, Akhirnya Rahsia Datuk Rina Harun ‘Fit’ Dan Kurus Menawan Terjawab

Share

Tiada apa yang mustahil kalau kita berusaha mendapatkannya.

Amalan gaya hidup sihat  boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Ingat…penyakit tak mengenal usia, bangsa dan pangkat ya!

BACA : Makin Langsing, Perubahan Fizikal Datuk Rina Harun Curi Perhatian Netizen

Semalam kecoh di media sosial apabila gambar Menteri Wanita dan Keluarga Malaysia, Datuk Rina Harun yang dikatakan sudah semakin fit dan menawan. Perubahan fizikal wanita berusia 47 tahun ini ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata netizen memuji penampilan terbarunya.

Dalam video pendek berdurasi 30 saat tersebut ahli Parlimen Titiwangsa sedang ditemu bual dalam satu program. Ditanya mengenai fizikal yang semakin ‘fit’, beliau menjawab dengan hanya berbasikal, mengamalkan gaya hidup sihat serta niat sebagai motivasi untuk berjaya.

“Wartawan: Datuk Seri makin fit, buat sukan apa sekarang?
“Rina Harun: Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat, yang penting niat sebenarnya nak sihat,” kongsinya.

Selain daripada beriadah, antara manfaat yang korang akan peroleh sekiranya melakukan aktiviti berbasikal adalah seperti meningkatkan kesihatan mental, menurunkan berat badan dan mengurangkan sakit jantung serta risiko kanser. Tapi musim-musim sekarang ni SOP jangan lupa k.

Hm, Datuk Rina pun dah kurus guys! korang bila lagi… Hiks!

Let’s guys!

Published by
Nana