Niat menghulurkan bantuan atas kerosakan sebuah motosikal bertukar menjadi tragedi apabila tiga mangsa maut selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 269.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban malam tadi.
Jika semalam pihak polis sukar mengenal pasti identiti mangsa kerana kesan kemalangan yang agak dahsyat di mana pengguna lebuhraya menuju arah Seremban telah terperangkap dalam kesesakan sejauh lima kilometer kerana tong-tong gas bertaburan memenuhi ruang lebih raya.
Hari ini, pihak polis memaklumkan identiti kesemua mangsa telah dikenal pasti.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Muhammad Idham Baharudin, 20; pemboncengnya Nurul Farah Safwannah Abdul Rashid, 20; dan pemandu lori V Ravendran, 26.
Kesan kemalangan dahsyat ini menyukarkan identiti mangsa dikenal pasti dengan cepat semasa kejadian
Menurutnya, mangsa yang cedera ialah penunggang motosikal Abdul Hafis Suhaimi, 26, dan pemandu lori Darul Aman Ahmad, 38.
Ads
Katanya, kemalangan 10 malam itu membabitkan empat kenderaan iaitu motosikal Yamaha Y15, motosikal Honda EX5, lori membawa muatan gas petroleum cecair (LPG) dan lori simen.
“Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang Muhammad Idham dari Seremban ke Kajang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas di lorong kecemasan. Abdul Hafis yang berada di belakang berhenti dan memberi bantuan kepada penunggang serta pembonceng terbabit.
Ads
“Lori membawa muatan LPG dari arah sama berhenti di lorong kecemasan dan turut membantu. Selepas itu, datang lori simen dari arah belakang lalu melanggar lori LPG berkenaan menyebabkan lori itu bergerak ke hadapan dan merempuh empat mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ibrahim berkata, akibat rempuhan itu penunggang dan pembonceng meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa cedera.
Ads
“Pemandu lori simen turut meninggal dunia. Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata, sehingga pagi ini dua lorong masih ditutup untuk kerja mengalihkan kenderaan dan pembersihan. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
FENOMENA terbesar dunia yang berasal dari Korea Selatan, BTS yang kini menjadi ‘band boy’ paling berpengaruh besar di dunia selepas melakar pelbagai rekod dan sejarah baharu sepanjang perjalanan mereka dalam dunia muzik.
Baru-baru ini, Anugerah Grammy sudah pun mengumumkan calon-calonnya untuk tahun 2020. Malangnya, BTS mahupun kumpulan kpop lain yang sering disebut-sebut, Blackpink jauh tersasar daripada ramalan awal yang meletakkan nama mereka antara yang bakal tersenarai.
Sebalik saja diumumkan kategori terakhir Album of The Year, peminat terutamanya ARMY tertunggu-tunggu adakah BTS akan tercalon dalam kategori tersebut sekurang-kurangnya untuk album Map of The Soul :Persona berdasarkan kejayaan album ini antara yang terlaris di Amerika Syarikat, malah juga di seluruh dunia pada tahun 2019 ini.
Namun, harapan mereka menjadi hampa apabila kesemua calon bagi kategori itu diumumkan satu-persatu tanpa nama BTS tersenarai.
ARMY Luah Sedih Di Laman Twitter
Sehubungan dengan itu, sebilangan peminat Armys menaikkan beberapa ciapan di laman twitter melahirkan rasa kekecewaan mereka.
I’m gonna say it now: with all the sales, streams and top ratings for Map of the Soul: PERSONA, @BTS_twt at least deserved a nomination for Album of the Year.
Pada edisi Grammy tahun 2019 yang lalu, BTS ‘tercalon’ dalam kategori teknikal untuk untuk kategori ‘Best Recording Package’ bagi album ‘Tear’ tetapi ianya hanya dikreditkan pada Doohee Lee saja. Secara formaliti, BTS belum lagi tersenarai dalam mana-mana pencalonan anugerah Grammy dikreditkan ke atas pencapaian setiap ahli mereka. Anugerah Grammy sering dijadikan penanda rasa kejayaan penggiat muzik di serata dunia dan ia dikatakan penghargaan tertinggi untuk artis tersebut di dalam dunia nyanyian.
Antara senarai yang tercalon untuk kategori Album Of The Year di dalam anugerah Grammy tahun 2020 antaranya ialah Bon Iver, Lana Del Rey, Billie Eilish, Ariana Grande, H.E.R.
, Lil Nas X, Lizzo dan Vampire Weekend.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi.
Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.
Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini.
Setakat ini, pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat mangsa ditemui.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa.
“Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui,” katanya kepada sumber Berita Harian.
Zayn Rayyan, kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.
Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari.
Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata selepas kehilangan anaknya dia cuba mencari di kawasan sekitar tetapi gagal sebelum memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn.
“Pada petang semalam, ada beberapa budak yang baru balik dari sekolah beritahu melihat anak saya masuk ke kawasan belukar berhampiran.
“Tapi apabila pasukan bomba dan unit anjing pengesan (K9) polis cuba carinya di kawasan itu, mereka maklumkan tiada kesan tapak kaki atau sebarang petunjuk anak saya berada di situ,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang ada burung merpati kat rumah ke tu? Agak-agak berapa nilai burung peliharaan korang tu? Boleh buat jadi jutawan ke tak? Hehehe…
Terbaru dalam laporan oleh bbc.com, seekor burung merpati betina yang dikenali dengan nama New Kim telah dibeli pada harga 1.9 juta dolar oleh seorang pembida dari China pada Ahad. Kalau nak tahu, pada asalnya New Kim hanya hendak dolelong oleh tuannya pada harga 200-euro sahaja.
Menurut penternak dan juga pemilik burung itu, Kurt Van de Wouwer. Mereka sangat terkejut apabila menerima berita yang burung milik mereka itu menjadi rebutan sehingga mencapai harga sedemikian.
New Kim pernah memenangi beberapa pertandingan pada tahun 2018 termasuklah perlumbaan jarak-sederhana namun telah bersara sejak itu.
Sumber gambar: via ndtv.com
.
Burung ini dibeli dengan harga yang sangat mahal apabila dua pembida berebut membelinya setelah sukan lumba burung merpati popular sejak beberapa tahun ini.
Terdahulu, Armando, si burung merpati jantan yang berusia 4 tahun memegang rekod sebagai burung termahal apabila dijual pada harga 1.24 juta euro.
***P/S – 1.9 juta dolar dah bersamaan hanpir RM8 juta. Wow! Ok Min nak bela burung merpati sekarang jugak!
Sumber: bbc.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, kumpulan K-Pop terkenal, HIGHLIGHT membuat kejutan buat para peminat apabila muncul dengan lagu terbaru berjudul ‘Endless Ending’ sekaligus tampil dengan nama asal mereka...