“Niat Perlu Betul, Jangan Stres & ‘Have Fun’ Saja” -Pesanan Scha Al-Yahya Buat Finalis Hero Dewi Remaja 2023

Share

Selaku mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023, Scha Al-Yahya menitipkan pesanan kasih sayang buat kesemua peserta yang terpilih sebagai finalis bagi edisi pada kali ini.

Berkata kepada Remaja, pelakon dan hos popular itu menegaskan buat para finalis supaya menukar sedikit pemikiran selain mempunyai niat yang betul untuk berada di dalam rancangan realiti ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Al-Yahya Galas Tanggungjawab Sebagai Mentor & Juri Tetap Hero Dewi Remaja 2023

“Sekarang ini kerana mereka sudah terpilih, jadi apabila sudah terpilih sebagai salah seorang finalis ini mindset sudah perlu tukar sedikit.

“Ia kerana, kita perlu ada passion, niat perlu betul pada masa sama jangan lupa dari mana anda datang. Dalam masa sama juga, have fun sahaja.

“Kita tidak mahu stres sangat kerana, ya ini adalah landasan buat mereka tetapi yang paling penting adalah bagaimana cara anda membawa diri selepas program ini. Itulah lebih penting,” tuturnya ketika ditemu bual.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berpesan buat ‘adik-adik’ yang terlibat bagi menjayakan edisi ini agar berseronok sahaja tanpa ada rasa stres.

“Selain itu, saya cuma mahu mereka have fun sahaja kerana penting kalau mereka rasa tidak have fun.

“Nanti jadi tak best, kerana ini adalah permulaan baharu dalam hidup anda. Jadi, anda sahaja yang boleh mengawal kehidupan anda selepas ini,” ujarnya lagi.

Sekadar info, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.

Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/

Two Is Better Than One!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Scha Al Yahya


Published by
Fath