Siapa kat sini yang dah bayar zakat fitrah? Kalau belum dan rasa tak sempat nak pergi pusat zakat, apa kata korang baca ini dulu…
Setiap tahun, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan zakat fitrah di bulan Ramadan. Kebiasaannya, ramai yang akan membayar zakat di masjid atau melalui kaunter khas yang disediakan.
Akan tetapi, dengan kemudahan teknologi pada masa kini, ramai yang memilih untuk bayar secara atas talian. Namun timbul persoalan sama ada sah atau tidak jika kita membayar zakat tanpa lafaz dan salam seperti di kaunter.
Selain itu, ada juga yang risau kalau zakat fitrah tidak sah jika tidak dilafazkan seperti di kaunter pembayaran.
Ini kerana apabila bayar secara fizikal, biasanya ada lafaz tertentu dan bersalaman dengan amil (orang yang menguruskan hal-hal zakat) tetapi bila zakat dibuat atas talian, duit hanya perlu dipindahkan tanpa sebarang lafaz. Jadi, perlu ke sebenarnya lafaz tu?
Ads
Nah! Kalau korang nak tahu, menurut penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam sebuah perkongsian video di media sosial, anggapan bahawa zakat fitrah mesti dilafazkan supaya sah adalah tidak benar.
Jelasnya, lafaz hanyalah satu kebiasaan, tetapi bukan sesuatu yang wajib. Apa yang lebih penting dan diwajibkan dalam pembayaran zakat fitrah adalah niat.
Ads
“Contoh kita nak bayar seorang RM10, isteri kita seorang RM10, anak seorang RM10, semua RM30. Ulama kata kita ambil RM30 letak dalam poket, maknanya kita dah pisahkan RM30 untuk bayar zakat, sah sebab dah niat,” katanya.
Tambahnya, dalam Islam lafaz hanya diwajibkan dalam hal tertentu seperti akad nikah, bukannya dalam pembayaran zakat fitrah. Jadi, jika ada yang beritahu zakat kena lafaz supaya sah, itu sebenarnya kurang betul.
Selain itu, ada juga yang menganggap bersalaman dengan amil ketika membayar zakat adalah wajib. Hakikatnya, ia bukan satu keperluan dalam pembayaran zakat. Namun apa yang lebih penting, duit zakat sampai kepada pihak yang betul dan niat sudah dilakukan dengan betul.
Selepas ini, korang tak perlu risau kalau nak bayar zakat fitrah secara atas talian. Selagi kita memasang niat dan bayar pada pihak yang sah, InsyaAllah zakat tetap diterima.
Apa yang paling penting adalah kesedaran untuk umat Islam menunaikan kewajipan ini. Jangan jadikan alasan ‘tak sempat ke masjid’ sebagai halangan sebab korang boleh gunakan teknologi yang ada untuk memudahkan ibadah kita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecur liur apabila penulis menyaksikan perkongsian resipi tradisi ini. Masak lemak cili api merupakan salah satu masakan yang tidak asing bagi kita rakyat Malaysia. Terdapat pelbagai jenis dan cara pembuatannya.
Namun, pernahkan anda mencuba masak lemak cili api yang dipadankan bersama pucuk asam gelugor? Memang sedap!
Perkongsian masakan daripada SuiSan Aliezsha ini nampak menyelerakan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini juga amat ringkas dan mudah untuk dibuat. Sesuai dijadikan juadah untuk dijamah sekeluarga hujung minggu ini.
Bahan-bahan
Kelapa parut (perah untuk mengambil pati santan)
Udang
Cili Api (ditumbuk halus)
Kunyit hidup (ditumbuk halus)
Serai (dititik)
Pucuk asam gelugor
Garam (secukup rasa)
Cara membuat
Sediakan kuali, masukkan bahan yang ditumbuk lumat (cilia pi & kunyot hidup), serai yang dititik dan santan.
Kepekatan kuah bergantung kepada berapa banyak udang yang digunakan. Kalau bahannya banyak, lebihkan lagi santan.
Apabila kuah mendidih masukkan pucuk asam gelugor.
Kemudian masukkan udang.
Garam secukup rasa
Anda boleh juga masukkan asam keping namun jika tidak pun tak mengapa kerana pucuk asam gelugor sudah memiliki rasa yang masam.
Hidangan ini sesuai dipadankan bersama nasi putih dan juga ikan goreng panas-panas. Memang sedap, terangkat!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah sekian lama bergelar pelajar di bangku sekolah, akhirnya 373,974 orang calon SPM 2022 boleh menentukan hala tuju masing-masing bermula hari ini mengikut minat dan kebolehan.
Korang dapat keputusan subjek A? Atau ada yang kurang bernasib baik dan memperolehi gred G? Well, semua itu bukanlah kayu pengukur bagi Nando’s Malaysia.
Istimewa pada hari ini sahaja, Nando’s ingin meraikan kesemua lepasan SPM 2022 tidak kiralah sama ada slip keputusan korang mencatatkan gred A, B, C, D, E atau G sekalipun.
Apa yang penting bagi mereka adalah semua lepasan sudah melepasi halangan 11 tahun bergelar pelajar sekolah malah meraih pengalaman berguna.
Hadirkan saja diri ke mana-mana cawanvan Nando’s hari ini dan mereka ingin membelanja sepinggan ayam PERi-PERi 1/4 secara percuma!
Untuk menebus tawaran, korang mesti membawa slip keputusan fizikal dan tunjukkannya kepada petugas restoran sewaktu menempah makanan.
Tapi ingat! Setiap lepasan SPM hanya boleh menebus sekali sahaja pada 8 Jun 2023 dan ia hanya tertakhluk kepada hidangan ‘dine-in’ sahaja.
Kit Kat Lotus Biscoff yang pertama kalinya diperkenalkan di Dubai kini sudah boleh didapati di pasaran Malaysia. Lapisan wafer Kit Kat yang mempunyai taburan cookie Lotus Biscoff di dalamnya adalah gabungan terbaik dengan rasa yang seimbang diantara kedua-dua pemanis mulut itu.
Sekiranya korang tertanya-tanya macam mana gambaran gabungan coklat tersebut, korang boleh rujuk seperti dalam gambar di bawah.
Pembelian boleh dibuat menerusi aplikasi Lazada atau Shopee, tapi nampaknya stok adalah terhad. Jadi, sekiranya korang teringin nak rasa Kit Kat x Lotus Biscoff ni, kena selalu update dengan stok terbaru ya.
Kalau dilihat perbezaan harga antara Shopee dan Lazada memang agak ketara. Kami pun tidak dapat pastikan kenapa jurang perbezaan harga itu terlalu tinggi, tapi mungkin sebab di Shopee sudah ‘ready stock‘, jadi korang buatlah pilihan dengan bijak ya. Hiks!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...