Berita

Nicholas Saputra ‘Ganteng’ Jadi Model Busana Seragam Kontinjen Olimpik Indonesia, Tahun Ini Angkat Rekaan Tradisi Jawa

Share

Seperti keperibadian pelakon Indonesia, Nicholas Saputra yang tebal dengan rasa bangga terhadap tradisi negaranya tetapi tetap pantas mengadaptasi falsafah modernisasi dalam setiap apa yang dilakukannya; begitu jugalah rekaan busana seragam kontinjen Olimpik negara Indonesia yang dipersembahkan buat pertama kali hari ini.

Nicholas telah dipilih sebagai salah seorang model kempen busana seragam yang direka oleh pereka fesyen tempatan Indonesia, Didit Hediprasetyo di samping beberapa orang atlet kebangsaan mereka termasuklah Azzahra Permatahani (sukan renang) dan Joe Aditya Wijaya Kurniawan (sukan renang).

Ganteng kan!

BACA: ‘Rangga & Cinta’ – Sebuah Filem Muzikal Alam Persekolahan Generasi Baru, Nicholas Saputra Jadi Penerbitnya! – REMAJA

Menurut Didit Hediprasetyo, busana berkenaan merupakan campuran antara moden dan tradisional di mana ia mencedok idea siluet asal busana Kebaya dan busana Beskap dari masyarakat kepulauan Jawa.

Mengimbas kembali busana-busana seragam kontinjen Indonesia di acara pembukaan Sukan Olimpik edisi-edisi lalu, Indonesia pernah mengangkat kebudayaan masyarakat Lampung di Sukan Olimpik Rio 2016 dan kebudayaan masyarakat Bali di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Untuk Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini, tiba giliran kebudayaan masyarakat kepulauan Jawa pula yang diangkat sebagai garapan idea bagi merealisasikan busana seragam kontinjen Olimpik Indonesia.

Kongsi Didit lagi, ia diinspirasikan daripada seorang tokoh seni lukisan bergenre Romantisme dari Jawa iaitu Raden Saleh.

“Perjalanan (kariernya sebagai seorang artis seni kontemporari) dari Jawa Tengah hingga tiba di istana-istana Eropah pada abad ke-19 mencerminkan kebangkitan bangsa Indonesia di kancah antarabangsa. (Hasil seninya) kini menghiasi dinding (muzium) Rijksmuseum dan (muzium) Louvre.

“Harapan saya, rekaan ini akan mewujudkan perasaan bangga, semangat dan kehebatan bangsa kita. Sekaligus memastikan bahawa setiap atlet yang muncul nanti akan menjadi diri mereka yang terbaik saat bertarung di pentas dunia,” kata Didit Hediprasetyo.

Rata-rata netizen dari Indonesia khususnya memuji hasil rekaan Didit Hediprasetyo itu dan menganggapnya sebagai satu campuran idea berkesan.

Rekaannya yang sederhana dan ringkas memberi keselesaan kepada para atlet dan pegawai ketika berarak masuk. Pada masa yang sama, mereka juga mempamerkan keagungan budaya negara seberang itu di mata dunia.

BACA: Dian Sastrowardoyo Tidak Segan Pakai Kebaya Seharian, Inginkannya Diiktiraf UNESCO – REMAJA

BACA: 10 Selebriti Indonesia Cantik Berkebaya Sempena Hari Pahlawan – REMAJA

Semalam, pereka fesyen duo Malaysia, Rizman Ruzaini telahpun mempersembahkan busana seragam kontinjen Malaysia di acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, hujung minggu ini bertemakan ‘The Malaya’.

FOTO: Tim Indonesia Official

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok  rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN