Pelakon berbakat besar, Nick Davis tampil berkongsi tip buat mereka di luar sana terutama sebangsa dengannya yang mahu menceburi perfileman mahupun naskhah Melayu.
Berkata kepada Remaja, buat mereka yang sudah memasang niat dan hasrat untuk mewarnai karya Melayu, Nick menitipkan pesanan agar perbanyak bercakap menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan harian.
“Jika mahu masuk industri filem Melayu ini, mungkin bila kita berkomunikasi walaupun tidak fasih berbahasa Melayu, tetapi sekurang-kurangnya apabila membaca skrip haruslah fasih.
“Apa yang saya boleh pesan adalah perbanyak bercakap menggunakan bahasa Melayu dan secara semula jadi.
“Untuk saya, apabila saya berkomunikasi mungkin tidak begitu fasih, tetapi bila anda beri saya skrip saya boleh sepenuhnya fasih berbahasa. Lakukan semampu anda untuk memainkan karakter itu,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, bintang ini turut memaklumkan dirinya mula fasih berbahasa Melayu kerana mempunyai kenalan bangsa Melayu yang ramai.
Selain itu, dia juga menyifatkan skrip adalah penting buat dirinya untuk lebih fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan.
“Saya tidak pernah berlakon dalam mana-mana produksi drama Cina. Ia kerana, saya mula-mula berlakon pun dengan filem dan siri Melayu.
“Saya juga ramai rakan berbangsa Melayu, jadi saya belajar untuk fasih berbahasa Melayu juga daripada mereka juga.
Ads
“Dalam set pengambaran pula, skrip memainkan peranan sangat penting. Saya banyak menimba pengalaman dalam skrip sebenarnya,” tuturnya lagi.
Dalam perkembangan terbaharu, Nick kini berlakon sebagai menerusi drama berjudul Gamers mangkuk, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games.
Siri sebanyak lapan episod ini mengisahkan tentang Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban, lima pemain e-sukan yang berpadu keringat di dalam satu pertarungan e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk dinobatkan sebagai pelapis kepada pemain e-sukan profesional negara, menerusi Mobile Legends: Bang Bang Professional League.
Ads
Siri premium e-sukan ini juga menggambarkan hubungan persahabatan pemain-pemain e-sukan yang meningkat naik dan pengorbanan yang harus dilakukan bagi mencapai tujuan utama di dalam pertarungan besar.
Selaras dengan slogan ‘Life Is A Game, Play It’, kelima-lima sabahat itu bertungkus- lumus mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran dan akhirnya membawa kepada kepuasan yang dicari sebagai pemain e-sukan.
Gamers Mangkuk bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah beberapa minggu menjadi ‘lubuk’ kepada berita sensasi dan kontroversial, akhirnya program realiti Famili Duo tiba ke episod penghujungnya pada malam ini.
Menariknya, malam terakhir sebentar tadi telah berlangsung dengan penuh lancar tanpa sebarang komen dari pihak juri tetap, ‘Mummy’ Mas Idayu dan Ajai yang ‘merobek’ mood peserta. Malah empat pasangan yang bertanding juga tampil bersedia untuk memberikan saingan terbaik demi merebut hadiah wang tunai utama RM100,000.
Tumpuan tentunya terarah kepada pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman. Setelah keyakinan mereka tertunduk pada episod keenam dek komen ‘pedas’ yang diberikan oleh Mas Idayu, pada malam ini hanya pujian yang menanti kedua-dua persembahan mereka.
Naim Daniel dan Sissy Iman melakukan yang terbaik bagi membuktikan mereka layak menempah tempat di pentas akhir Famili Duo. FOTO: TV3 Malaysia
Tinta Mas Idayu, “Kalau tak suka, saya cakap tak suka. Bagi saya, vokal mereka (Naim dan Sissy) malam ini adalah vokal terbaik daripada keseluruhan persembahan yang pernah dilakukan. Ini ikhlas.
“Hanya satu minggu yang silapnya amat besar. Dan minggu-minggu lain itu mereka lupa yang mereka itu bagus sebenarnya.
“Sebelum ini, kamu berdua bagus dari awal minggu. Hanya minggu keenam sahaja dan sekarang, awak kembali dengan nyanyian bagus. Jadi semangat itu yang awak kena ada dalam pertandingan, ulasnya pada malam ini selepas persembahan pertama Naim dan Sissy.
Mas Idayu
Terdahulu, Mas Idayu menyuarakan pendapat mengenai respon balas rakan seindustri yang mengkritik cara penjuriannya.
Kata penyanyi berusia 51 tahun itu, sepanjang bergelar juri pertandingan realiti televisyen selama 16 tahun, beliau hanya fokus kepada komitmennya menerusi caranya yang tersendiri.
“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.
“Saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi. Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka,” katanya sewaktu temubual bersama MStar. Sambil itu, Mas Idaya berharap agar kritikannya diambil secara positif kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik dalam skop pertandingan seperti Famili Duo ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rabu lepas, pelakon kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah gemilang buat negara apabila muncul sebagai pelakon Malaysia pertama yang ditabalkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/ Komedi di acara Golden Globe Awards.
Berjaya membawa nama tanah air ke persada antarabangsa, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tidak terlepas peluang bagi menzahirkan ucapan tahniah buat pelakon berusia 60 tahun itu atas kejayaan tersebut.
Michelle menempa nama di Hollywood itu juga menzahirkan ucapan terima kasih buat Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selain beliau turut merakamkan penghargaan yang tidak terhingga juga buat para pemimpin Malaysia.
“Terima kasin buat rasa cinta dan ucapan tahniah daripada keluarga dan rakan-rakan seluruh dunia. Raja, Permaisuri dan Perdana Menteri serta para pemimpin di Malaysia. Keluarga besar (extended) di Hong Kong dan China.
“Rasa syukur saya yang sangat tinggi. Itulah sebab di mana perjalanan saya sebagai aktres bermula yang membawa saya ke tahap sekarang,” coretnya menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram.
Sekadar informasi, Michelle merangkul trofi berkenaan untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan pelakon itu menewaskan calon terbaik yang lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hitam dan putih seringkali menjadi pilihan warna anak muda dalam menghias ruang kediaman mereka. Nampak cool dan trendy, kombinasi dua warna ini memang ‘in’ sepanjang zaman.
Skema warna ini paling mudah digabungkan. Hanya perlu hitam, putih dan kelabu untuk merealisasikan konsep moden bertemakan hitam dan putih.
Konsep ini memberi kesan formal, serius, kemas dan tersusun pada ruang. Sesiapa yang memilih tema ini pastinya seorang yang ada gaya, serius dan jaga penampilan.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu korang alert sebelum memilih konsep ini untuk dekorasi rumah atau ruang bilik.
1. Pastikan kuantiti warna betul, jangan guna warna hitam berlebihan supaya rumah korang tak menjadi gua kelam. Hiks!
2. Tambahkan sedikit warna nature seperti daun hijau atau lantai kayu kerana ia akan menghidupkan ruang. Ruang taklah jadi keras dan kaku nanti.
Berikut merupakan reference lain yang korang boleh rujuk untuk mendapat sedikit sebanak idea mendekorasi rumah.
Itu saja tip yang perlu korang ikut sekiranya nak deko rumah guna warna hitam dan putih. Ia juga memerlukan sedikit keberanian kerana tak ramai orang yang berani menggunakan warna hitam dalam sesebuah ruang.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...