Lagenda skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David, terus mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Duta Pendidikan ITA (Institut Teknologi Antarabangsa)
Dalam majlis pelantikan yang berlangsung di ibu negara, Nicol David menzahirkan rasa terharu dan teruja untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan, yang mana menurutnya penting dalam membentuk masa depan anak muda.
ARTIKEL BERKAITAN : Bekas Ratu Skuasy, Datuk Nicol David Dilantik Pro-Canselor Universiti Heriot-Watt Malaysia
“Saya Harap Dapat Menjadi Pengaruh Positif…”
Nicol menyatakan bahawa beliau berharap pelantikannya sebagai duta akan memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk mengejar ilmu pengetahuan, selain daripada mencapai impian mereka dalam pelbagai bidang.
“Sebagai seorang atlet, saya tahu betapa pentingnya disiplin, usaha gigih, dan kepercayaan kepada diri sendiri. Elemen-elemen ini bukan sahaja penting dalam sukan, tetapi juga dalam pendidikan dan kehidupan seharian,” ujar Nicol ketika ditemubual oleh pihak media.
Beliau turut menekankan betapa pentingnya memupuk minat dalam bidang teknologi di kalangan generasi muda.
“Dengan perkembangan pesat teknologi hari ini, kita perlu mempersiapkan generasi akan datang untuk menghadapi cabaran dunia yang semakin berubah. Saya berharap dengan kerjasama saya bersama ITA, saya dapat membantu pelajar memahami kepentingan pendidikan teknologi dan bagaimana ia dapat memberi kesan positif dalam kehidupan mereka,” tambahnya lagi.
Dengan rekod cemerlang dan komitmen beliau dalam memperkasa generasi muda, Nicol dijangka akan terus membawa impak besar dalam usaha memajukan bidang pendidikan dan teknologi.
Untuk info, ITA merupakan sebuah institusi terkemuka yang menumpukan kepada bidang teknologi dan inovasi, dengan matlamat untuk menyediakan platform pendidikan bertaraf dunia kepada pelajar tempatan dan antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : hmetro