Satu demi satu pengiktirafan diterima oleh legenda skuasy negara Datuk Nicol David!
Terbaru, Nicol mencipta sejarah tersendiri apabila namanya tersenarai dalam Dewan Kemasyhuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong.
ARTIKEL BERKAITAN : Nicol David Dilantik Sebagai Duta Pendidikan ITA – “Saya Harap Dapat Menjadi Pengaruh Positif…”
Nicol dan bekas juara dunia Jansher Khan dari Pakistan menjadi ahli ketiga dan keempat Dewan Kemasyhuran PSA yang dilancarkan awal tahun ini untuk mengiktiraf pencapaian tokoh-tokoh paling berpengaruh dalam sukan itu, baik yang terdahulu mahupun sekarang.
Kedua-dua ikon sukan itu menerima anugerah semasa malam induksi khas di Hong Kong Football Club.
Dua ahli sulung terpahat nama dalam Dewan Kemasyhuran PSA ialah legenda New Zealand Susan Devoy dan Jahangir Khan dari Pakistan.
View this post on Instagram
Dalam satu hantaran di Instagramnya, Nicol mendedikasikan pengiktirafan tersebut kepada ibu bapa, jurulatih Liz Irving dan Malaysia kerana sentiasa menyokong di sepanjang sepanjang kerjayanya.
“Dimasukkan ke dalam Hall of Fame hari ini (semalam) adalah satu hari yang sangat bermakna. Saya menilai pengiktirafan ini sejak beberapa minggu lalu dan apa ertinya kepada saya dan saya fikir ini secara rasminya menunjukkan yang saya sudah mencipta sejarah yang mana sukar untuk saya percayai.
“Saya rasa selepas ini, saya boleh berasa lega bahawa saya telah melakukan segala yang saya mampu dalam kerjaya saya,” katanya.
Tahniah Nicol!
BACA : Dafi Tampil Dengan Imej Kurus Dan Cengkung, Netizen Bimbang Tahap Kesihatan – ” Rindu Dafi Yang Dulu..”
Sumber : Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.