Kesan parut pada tubuh badan terutama kesan dari kudis buta sangat menjejaskan keyakinan individu dan meresahkan lebih-lebih lagi apabila berdepan khalayak ramai.
Kudis buta terjadi disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.Ia lazimnya berlaku dengan kegatalan teruk di beberapa bahagian tubuh, sehingga merimaskan kerana asyik tergaru-garu. Hasil sedap bergaru itu, timbul pula kudis yang menghitam dan sukar untuk dihilangkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Rutin Mudah Dapat Kulit ‘Korean Glass’, Hanya Guna Bahan Semulajadi
Jangan risau, semua benda ada ubatnya. Parut kudis buta ini juga penawarnya, bukan sahaja dari segi sains perubatan tapi dari segi perubatan tradisional! Guna 5 bahan natural yang bakal penulis kongsikan ini, pasti ada perubahan pada kaki dan tubuh.
5 BAHAN ASLI HILANGKAN PARUT KUDIS BUTA
1. Minyak Cengkih
Minyak cengkih memiliki kesan antioksidan, antimikrobia, anestetik dan insektisida yang dipercayai mampu menyumbang untuk menyembuh parut kudis buta.
Ada kajian pada tahun 2010 mengatakan bahawa ia boleh membunuh kutu Sarcoptes scabiei pada luar serta yang tenggelam dalam kulit daripada terus membiak dan bertelur.
Walau bagaimanapun, sebelum menggunakannya, anda perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan kesan sampingan yang tak diingini.
2. Gel Lidah Buaya
Gel lidah buaya ini berfungsi melegakan dan menyembuhkan kulit yang terengsa disebabkan oleh faktor risiko seperti cahaya matahari, alat solek atau jangkitan kutu.
Pada tahun 2009, kajian telah membuktikan ia boleh melegakan kudis buta dengan peratus keberkesanan hampir sama seperti ubat sapu Benzyl Benzoate.
Kelebihan gel lidah buaya ini adalah anda boleh cuba pada parut kudis buta kerana ia tidak membawa kesan sampingan berbahaya.
Minyak nimba juga dipercayai mampu merawati kudis buta kerana mempunyai kesan antiradang, antibakteria, alagesik dan komponen aktif yang lain.
Pada tahun 2008, ada kajian yang telah menunjukkan bahawa penggunaan ekstrak minyak ini telah berjaya merawat isu scabies selepas beberapa minggu.
Demi menjauhkan diri dari kesan sampingan yang tidak diingini, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya.
4. Lada Cayyene
Lada Cayyene ini sebenarnya adalah lada cili merah pedas. Ia mampu melegakan rawaran kondisi kudis batu.
Terdapat kajian pada tahun 2010 yang membuktikan kesakitan kronik pada tisu lembut dapat dikurangkan dengan kandungan capsaicin yang ada dalam rempah ini.
Akan tetapi, pengambilan yang terlalu banyak akan memudaratkan iaitu menyebabkan rasa pijar pada kulit juga akan membuatkan anda berasa ketidakselesaan.
5. Minyak Pohon Teh
Sebenarnya minyak pohon teh adalah rawatan yang dalam bentuk ubatan sapuan paling efektif disebabkan kebolehannya yang mampu menyembuhkan ruam serta rasa gagal pada kulit kerana kudis buta.
Pada tahun 2016, satu kajian telah menunjukkan ia telah berjaya menyembuhkan kudis buta yang tidak berkesan melalui rawatan klinikal.
Ini kerana minyak pohon teh mampu membunuh kutu dan seumpamanya dengan bantuan sifatnya yang antibakteria, antiradang, antigatal dan akarisida.
Semoga bermanfaat dan korang dapat kulit yang licin seperti dulu kala!
BACA LAGI : 4 Sumber Semulajadi Ini Mampu Atasi Masalah Bawah Lengan & Ketiak Hitam
Sumber: Hello Doktor
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.