Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan pasangan, ada banyak perkara yang perlu korang fikirkan terlebih dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN : 6 Pernikahan Yang Dilarang Dalam Islam, Orang Bujang Kena Tahu
Walaupun mungkin dah 10 tahun berkenalan, tapi biasanya memang korang tak akan kenal 100 peratus perangai sebenar pasangan. Jadi, kalau dah ada yang berniat nak menamatkan zaman bujang tu, tahniah kami ucapkan.
Mungkin juga disebabkan itu, trend nikah “solo” menjadi semakin popular di negara Jepun. Memetik laporan Indo Zone, pernikahan tunggal atau menikahi diri sendiri dikatakan mula menjadi terkenal dan trending di Jepun.
Golongan ini menolak pernikahan dan kehidupan berkeluarga namun masih boleh mengenakan busana pengantin dengan menikahi diri sendiri sebagai ganti. Pernikahan tanpa pasangan atau disebut juga sebagai pernikahan solo semakin menular dan menjadi pilihan para wanita di Jepun.
“Pernikahan ini bukan hanya dilakukan oleh mereka (perempuan) yang masih belum berkahwin, namun mereka yang sudah pernah menikah, bercerai dan tidak puas dengan majlis pernikahan juga lakukan hal yang sama.
“Bagi yang ingin melangsungkan pernikahan tunggal, mereka perlu menempah pakej pernikahan solo melalui perancang perkahwinan dan studio fotografi.
“Sebuah perunding perkahwinan di Kyoto, Cerca Travel telah mempromosikan perkahwinan solo ini kepada para gadis pada tahun 2015 dan ia semakin terkenal hingga kini,” lapor Indo Zone.
Sementara itu, pernikahan dan angka kelahiran di Jepun dilaporkan menurun setiap tahun dan dijangka pada tahun 2040, orang bujang akan mencecah hampir setengah dari populasi Jepun dengan peratusan berumah tangga 39 peratus saja.
Memetik Tokyo Esque, pada tahun 2019 hanya ada lebih 500,000 pasangan yang menikah dan peratus pernikahan di negara tersebut menurun menjadi 4.8 peratus.
Pada umumnya, terdapat banyak alasan kenapa wanita di Jepun memilih hidup bersendirian. Antaranya adalah kerana masalah kewangan dan kurang minat untuk menikah.
“Oleh kerana itu, wanita yang bekerja lebih sukar untuk mendapatkan lelaki, tambahan pula mereka tidak memerlukan suami untuk menjamin ekonomi mereka.
“Kebanyakan lelaki juga risau tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dari segi kewangan hingga memilih untuk hidup bujang,” lapor Indo Zone.
BACA LAGI : Tular Penggambaran PraPerkahwinan Berkonsep Kematian. Kreatif Atau Menakutkan?
Nak kahwin memang syok, tapi banyak yang korang kena pertimbangkan juga tau. Barulah harmoni rumah tangga yang dibina nanti. Jangan ikut trend wanita di Jepun ni pula.Hehe..
Sumber : Indo Zone
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.