Hijrah bukan sahaja dari sudut material, malah menyeluruh meliputi fizikal dan rohani.
Setelah menimang Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu dan kini sedang berbadan dua, finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid baru-baru ini tampil dengan penampilan baru iaitu bertudung litup sejak awal Muharram lalu.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram Mawar, pelakon itu telah menjelaskan antara faktor yang membuatkan pintu hatinya untuk mengenakan hijab.
Menurut Mawar, di dalam kehidupan telah terlalu banyak nikmat dunia yang dirasainya, daripada segi kekeluargaan, kerjaya dan juga perniagaan, semuanya dipermudahkan.
.
Dalam nada sebak, Mawar meluahkan rasa syukur apabila perubahannya ini memberikan ketenangan dalam hidupnya dan memberi semangat untuk terus mengenali Tuhan.
“Allah dah bagi banyak dekat kita, Allah sayangkan kita..so sekarang ini Mawar nak lebih mengenali Allah…”
Cantiknya finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini berhijab. Semoga Mawar terus istiqamah dan dapat menjadi inspirasi kepada wanita-wanita Muslim di luar sana untuk turut berubah ke arah yang lebih baik.
Sumber : Instagram Mawar Rashid