Nina Ricci Popularkan Stail ‘Baldi Plastik’ Di Minggu Fesyen Paris, Kalau Dekat Sini Tak Sampai RM10

Share

Tiada apa yang mustahil dalam dunia fesyen, dan nampaknya rumah fesyen kelahiran Perancis Nina Ricci menjadikan baldi plastik sebagai satu rekaan dengan sentuhan baru lagi trendy dan mewah.

Kelasnya baldi plastik di pentas Minggu Fesyen Paris!

Jika sebelum ini, beg ikea dijadikan inspirasi Balenciaga untuk menghasilkan rekaan beg tote yang mencecah hampir RM10 Ribu.

Kini, sempena pertunjukkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2019 di Minggu Fesyen Paris,Nina Ricci pula mempersembahkan helaian yang menarik perhatian itu direka menjadi bucket hat berukuran besar yang menyerupai baldi plastik pelbagai warna.

‘Beach Bucket Hat’ Nina Ricci Spring-Summer 2020

Bucket hat itu hadir dalam hampir setiap warna pelangi, yang pelik adalah saiznya cukup besar sehingga mampu menenggelamkan si pemakai, bahkan tak ubah seperti baldi bilik air sahaja.

A big bubble of wonder – Nina Ricci Spring-Summer 2020
Serius sama macam baldi plastik kan guys!

Kami juga teruja melihat cara Nina Ricci berkarya, model yang tidak memakai bucket hat membawa pula beg tangan ala baldi. Kelainan pada tali pemegang beg yang dibuat dari kulit.

Kreatif habis kan pereka fesyen Nina Ricci ni. Untuk pengetahuan korang, beg tangan tersebut adalah plastik… rasa?Serius sama dengan baldi plastik penulis masa zaman duduk di kolej kediaman dulu. Mengimbau betul la fesyen Nina Ricci ni kan.

Published by
Nana