
Isi Kandungan
ToggleJuri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Ramli M.S, mendedahkan bahawa jika penyanyi Indonesia, Inka Christie tidak melakukan kesilapan dalam persembahannya, peserta yang dijangka tersingkir adalah Ning Baizura.
Namun, persembahan Inka yang menyanyikan lagu Warna nyanyian asal Datuk Sheila Majid gagal menambat hati juri.
Menurut Ramli M.S, yang lebih mesra disapa Tok Ram, situasi tersebut menunjukkan betapa penilaian bukan sahaja berdasarkan persembahan individu, tetapi juga kesesuaian lagu dengan kemampuan peserta.
ARTIKEL BERKAITAN: #GV11 Inka Christie Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka, Janji Single Baru Selepas Aidilfitri!

“Saya rasa GV ini tak perlu bagi tahu sebab netizen juga boleh tahu. Semasa Ning menyanyi, markah dia paling rendah jadi saya ingat dia akan terkeluar, tapi selepas giliran Inka, markah dia pula yang rendah.
“Lagu itu tak fit dia, Inka tak boleh bawa lagu itu. Kalau ikut atas kertas rule music technical, bila dia nyanyi lagu pop pun dia tak stabil, apa lagi dia nak nyanyi lagu jazz.
“Dia nyanyi lagu jazz keluar rumah tak balik-balik, kalau dia balik pun dia kena ikut jalan yang jauh atau mungkin dia sesat,” katanya kepada Remaja.
Dalam masa yang sama, Tok Ram mengakui bahawa lagu Warna nyanyian Sheila Majid merupakan lagu yang sukar untuk dinyanyikan.

“Musik itu hierarki tinggi, hanya untuk pendengar eksklusif. Lagu Sheila Majid itu sukar untuk dinyanyikan,” jelasnya lagi.
Selepas persembahannya, Inka menerima markah sebanyak 53.40 peratus, yang menyebabkannya berada di tangga tiga terbawah bersama Ning Baizura dan Illa Sabry.
GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, dengan kesemua peserta yang masih bertahan dinilai oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syanaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada Masalah Tanpa Eda Ezrin, Lagu ‘Bea Soba Bea Raya’ Dinyanyikan Penyanyi Thailand

Kontroversi melibatkan penyanyi asal lagu Bea Soba Bea, Eda Ezrin yang sedang ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand tidak merencatkan perancangan komposer, Eddie Hamid untuk merakamkan semula lagu popular itu untuk versi Hari Raya.
Eddie berkata, posisi Eda itu akan digantikan denggan penyanyi dari Thailand, Deqnee Dusongnyo yang mempunyai tona suara seakan sama dengan penyanyi asalnya. Turut terlibat dalam proses rakaman tersebut ialan penyanyi lain seperti Den Manjo, Man Khan dan Rosalinda.
Mengikut perancangan awal, ia sepatutnya dirakam pada 3 November lalu. Namun disebabkan Eda ditahan polis Thailand dalam satu serbuan di Pekan Sungai Golok dua hari sebelum rakaman, ia terpaksa ditangguhkan.

Eddie, 64 yang ditemui pemberita ketika program ‘Misi Bantuan Banjir Musim Tengkujuh Untuk Nelayan Di Pesisir Pantai Sabak’ bagaimanapun tidak mengenepikan Eda Ezrin hanya disebabkan kontroversi yang melandanya sekarang.
Beliau masih menyimpan lagi ciptaan baharu untuk Eda dan memasang niat untuk merakamnya sebaik penyanyi wanita itu dibebaskan nanti.

Kali terakhir Eddie berhubung dengan Eda adalah pada 31 Oktober 2024 untuk membincangkan lirik lagu Bea Soba Bea Raya dan Tokleh Nak Soba. Eddie juga tidak menolak peluang untuk melawatnya di lokasi tahanan pada Januari kelak.
Terdahulu, media tempatan melaporkan Eda Ezrin ditahan bersama lima lagi individu selepas rampasan 6,000 pil kuda dalam satu serbuan oleh polis Thailand. Keenam-enamnya sedang ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.
Watch on TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi I love You 3000, Stephanie Poetri Umum Pertunangan Bersama Kekasih

Penyanyi, Stephanie Poetri baru-baru ini berkongsi khabar gembira mengenai pertunangannya dengan kekasih yang berasal dari Amerika Syarikat bernama Asher Novkov-Bloom.
Melalui aplikasi Instagram, pelantun lagu I Love You 3000 itu memuat naik gambarnya bersama kekasih sambil memegang kucing dengan kapsyen, “kami sudah bertunang”.

“We got engaged! the cats approve… I think?” – Stephanie

Stephanie, 24 dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan juga beberapa rakan artis. Selain itu, kesederhanaan mereka ‘bertunang’ juga mendapat pujian orang ramai.
Sekadar info, Asher merupakan Personal Assistant dan Touring Assistant kepada Stephanie. Mula berkenalan sejak November 2022 dan disebabkan Asher kerap menemani penyanyi itu dalam jadual sehariannya, mereka dikatakan terjebak dalam ‘cinta lokasi’.

Lagu I Love You 3000 yang didendangkan Stephanie mula mendapat perhatian selepas ia dilancarkan pada tahun 2019. Sejak itu, populariti Stephanie semakin meningkat dan kini dia lebih aktif memuat naik Vlog di Youtube.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
RM6 Bilion Demi Wujudkan 350,000 Peluang Kerja, Ini Alasan Syed Saddiq

Bukan senang ya bagi pihak kerajaan memuaskan hati semua pihak apabila tiba waktu pembentangan belanjawan.
Hari yang dinantikan telah tiba dan bermula jam 4 petang ini, kerajaan menerusi Menteri Kewangan Malaysia, Tuan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020 dari Dewan Rakyat.
Ramai rakyat yang mengharapkan agar keinginan mereka untuk peningkatan sosioekonomi akan terbela dan didengari oleh kerajaan.
Ini memandangkan kos tampungan sara hidup yang semakin meningkat. Bukan mudah bagi seorang individu untuk kekalkan gaya hidup dan kehidupan di kawasan bandar dengan keadaan ekonomi semasa.
Bagi kebanyakan graduan kolej dan universiti pula, peluang pekerjaan yang semakin terhad menjadi salah satu faktor penghalang untuk mereka bergerak ke hadapan.
Oleh sebab itulah, menteri Belia dan Sukan negara, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah membuat permintaan mega sempena Belanjawan 2020.
Untuk mewujudkan 350,000 peluang pekerjaan kepada golongan muda bagi tempoh 5 tahun akan datang, beliau meminta agar bajet sejumlah RM6 Bilion akan disalurkan kepada kementerian beliau!
WOW
Bercakap kepada rakan media di Malaysia Kini, beliau berkata, “Mencipta peluang pekerjaan adalah keutamaan kami.
“Jika tak dapat menyelesaikan keperluan asas seperti pekerjaan, kita tak dapat penuhi keperluan lain. Saya membayangkan ini akan menjadi sebahagian daripada pembentangan Belanjawan 2020.”
Beliau, bagaimanapun enggan memperincikan bagaimana peruntukan RM6 Bilion itu akan digunakan untuk mencipta peluang pekerjaan.
*
Untuk pengetahuan korang, setakat bulan Julai 2019 saja, sekitar 524,800 orang dilaporkan menganggur. Daripada jumlah itu, 10.9 peratus adalah di kalangan belia.
Demi mengatasi masalah itu, pihak Syed Saddiq juga memandang kepada alternatif lain seperti elaun untuk pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) kepada pelajar dengan latar belakang memerlukan.
“TVET adalah lebih baik daripada menyediakan wang tunai kepada orang muda.
“Malah, pengambilan kerja selepas tamat pengajian TVET juga tingga, iaitu antara 94 – 96 peratus. Itu adalah lebih baik daripada graduan beberapa universiti awam.
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!