Berita

Ning Baizura Hampir Tinggalkan Pentas GV11 Jika Inka Christie Tak Buat Kesilapan

Share

Juri tetap Gegar Vaganza 11 (GV11), Datuk Ramli M.S, mendedahkan bahawa jika penyanyi Indonesia, Inka Christie tidak melakukan kesilapan dalam persembahannya, peserta yang dijangka tersingkir adalah Ning Baizura.

Namun, persembahan Inka yang menyanyikan lagu Warna nyanyian asal Datuk Sheila Majid gagal menambat hati juri.

Menurut Ramli M.S, yang lebih mesra disapa Tok Ram, situasi tersebut menunjukkan betapa penilaian bukan sahaja berdasarkan persembahan individu, tetapi juga kesesuaian lagu dengan kemampuan peserta.

ARTIKEL BERKAITAN: #GV11 Inka Christie Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka, Janji Single Baru Selepas Aidilfitri!

Ning Baizura

“Saya rasa GV ini tak perlu bagi tahu sebab netizen juga boleh tahu. Semasa Ning menyanyi, markah dia paling rendah jadi saya ingat dia akan terkeluar, tapi selepas giliran Inka, markah dia pula yang rendah.

“Lagu itu tak fit dia, Inka tak boleh bawa lagu itu. Kalau ikut atas kertas rule music technical, bila dia nyanyi lagu pop pun dia tak stabil, apa lagi dia nak nyanyi lagu jazz.

“Dia nyanyi lagu jazz keluar rumah tak balik-balik, kalau dia balik pun dia kena ikut jalan yang jauh atau mungkin dia sesat,” katanya kepada Remaja.

Dalam masa yang sama, Tok Ram mengakui bahawa lagu Warna nyanyian Sheila Majid merupakan lagu yang sukar untuk dinyanyikan.

Inka Christie

“Musik itu hierarki tinggi, hanya untuk pendengar eksklusif. Lagu Sheila Majid itu sukar untuk dinyanyikan,” jelasnya lagi.

Selepas persembahannya, Inka menerima markah sebanyak 53.40 peratus, yang menyebabkannya berada di tangga tiga terbawah bersama Ning Baizura dan Illa Sabry.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, dengan kesemua peserta yang masih bertahan dinilai oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syanaz Selamat, dan Datuk Ramli M.S.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fath