Niskha 3 Bulan Pesakit Termuda Di Diagnos Hidap Kanser Otak, Moga Allah Melindungimu

Share

Setiap ibu bapa pasti berimpian untuk melihat anak membesar dengan sihat. Namun sebagai hambanya, setiap ujian yang mendatang juga tidak menjadikan seseorang itu harus mengalah kepada sebarang bentuk ujian.

Inilah yang dilalui oleh seorang anak kecil, Kyfa Nishka Al Kautsar (indahnya namanyamu sayang) yang berusia 3 bulan. Dalam usia semuda itu, pada usianya 21 hari, Nishka sudah diuji di diagnos dengan kanser otak menjadikan dirinya pesakit termuda dikesan mengidap kanser berbahaya ini.

Di laman fb Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser memaparkan kisah adik Nishka yang mampu membuat hati meruntun melihatnya. Semoga cepat sembuh sayang dan membesar dengan sihat. Mari kita berdoa agar adik Nishka sentiasa dalam rahmat Allah taala dan membesar dengan sihat.

Nishka kini menggunakan Ryles Tube untuk minum susu pada usianya 3 bulan. Moga cepat sembuh sayang

POHON DOA UNTUK NISHKA

Ini Kyfa Nishka Al Kautsar. Baru 3 bulan usianya. Namun menghadapi ujian yang sedemikian besar.

Nishka didiagnos dengan kanser otak, Medullablastoma ketika baru berusia 21 hari, menjadikan dia mungkin pesakit termuda di wad onkologi pediatrik di HUSM, Kota Bharu.

Dan ketika anak-anak lain seusianya sedang dibelai dicium, dalam hangat suasana keluarga yang menyambut dan meraikan kehadirannya ke dunia, Nishka bertarung dengan kanser yang ganas di wad onkologi.

Nishka sudah tiga jalani jalani pembedahan membuang tumornya namun hanya 30 peratus saja berjaya dibuang
Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua.

Dia sudah tiga kali menjalani pembedahan, termasuk sekali pembedahan membuang tumour. Namun hanya 30% sahaja tumournya yang berjaya dikeluarkan.

Nishka sekarang tidak lagi dapat melihat, dan dia juga tidak lagi bersuara. Feeding juga dibuat melalui Ryles Tube. Dan di kepalanya, sudah tertanam shunt yang dipasang untuk mengurangkan tekanan.

Nishka baharu saja melepasi dua kitaran kimoterapi, dan keadaan kesihatannya agak merosot selepas kimo kedua. Saiz tumournya juga didapati membesar, memberi indikasi kansernya mungkin tidak memberi respons yang baik kepada kimoterapi.

Tahap oksigennya pernah menurun sehingga ke bacaan 50 di satu masa.

Segalanya begitu meruntun perasaan.

Seorang anak sekecil itu, diuji sebesar ini.

Mohon sama-sama kita panjatkan doa untuk adik Kyfa Nishka Al Kautsar, Semoga dilembutkan ujian ini untuknya.

Aamiin… Yarabbal Alamin.

#PersatuanSokonganAnakKanser-PESONA

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros